“Rupanya Jiin Yang Cuuri Dan Simpan Dalam Batang Pokok Tu,” – Fauzi Nawawi

Pelakon, Fauzi Nawawi sering saja berkongsi potongan video viral yang berlaku di seluruh dunia. Malah, apa yang dikongsikan itu mendapat reaksi pelbagai netizen.

Misalnya minggu lalu, suami kepada aktres Lisdawati ini ada memuat naik video pendek beberapa ahli jawatan kuasa masjid sebuah negara yang sedang menebang sebatang pokok gergasi yang dipercayai terletak di bahagian dalam masjid berkenaan.

Namun yang peliknya, difahamkan ia ditebang selepas mendapat rujukan dari imam berikutan berlakunya kes kecvrian teko di lokasi sama.

“PERKARA INI PELIK TAPI BENAR. Hairan AJK masjid teko yg dibeli selalu hilang… siapa yg selalu ambik atau cuuri.

“Ada pokok besaq dlm kawasan masjid… iman suroh tebang pokok tu… tengok semua teko yg hilang ada dlm batang pokok tu… rupa2nya jiin yg cuuri dan simpan dlm batang pokok tu,” tulisnya.

Selepas ditebuk pada bahagian dalamnya, kelihatan ratusan biji teko yang sudah berkarat ditemui ‘dari dalam perut’ pokok berkenaan sambil diperhatikan penduduk.

Lalu menerusi ruangan komen, peminat masing-masing memberikan padangan mereka yang tersendiri.

Foto: Instagram Fauzi Nawawi

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Rupanya Jiin Yang Cuuri Dan Simpan Dalam Batang Pokok Tu,” – Fauzi Nawawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*