Lost RM200,000, apa kaitan dengan bekas suami A. Aida?

Pelakon dan penerbit, Datuk A. Aida tidak memberikan sebarang penjelasan adakah kehilangan wang sebanyak RM200,000 dalam akaun peribadinya ada kaitan dengan bekas suaminya, Ariff Aziz.

“Terlibat atau tidak, saya serahkan segalanya kepada p0lis. Saya tidak boleh beri sebarang komen mengenai siapa dalang di sebalik kehilangan wang tersebut.

“Lap0ran p0lis sudah dibuat pada 21 Jun lalu dan menyerahkan segalanya kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan lanjut,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang.

Difahamkan, A. Aida menyedari kehilangan wang tersebut sebaik pulang dari bercuti di Mesir dan sejurus selepas itu, rumah tangganya mula berantakan sebelum bercerai sebulan kemudian.

Dia memaklumkan tentang hal tersebut ketika ditemui sewaktu majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran syarikat produksinya, A. Aida Productions di Wisma Sri Rampai hari ini.

Sumber : MHE TV

Be the first to comment on "Lost RM200,000, apa kaitan dengan bekas suami A. Aida?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*