Tarik sambil duduk! Nyanyian Tabby Dolla ‘Tak Ingin Usai’ dapat pujian

Sejak akhir-akhir ini, lagu berjudul Tak Ingin Usai yang dinyanyikan oleh penyanyi, Keisya Levronka begitu mendapat perhatian oleh pendengar muzik di Malaysia dimana penyanyi lagu tersebut juga menjadi sorotan di kalangan netizen di negara seberang.

Tak Ingin Usai bagaimanapun turut menjadi lagu pilihan ramai penyanyi untuk di cover dalam menghiburkan peminat mereka dan nampaknya nyanyian cover lagu tersebut oleh Tabby daripada kumpulan Dolla juga tular.

Tabby Tak Ingin Usai

Sekadar info, Tabby merupakan penyanyi wanita yang bergerak aktif dalam industri muzik tanah air sebagai ahli kumpulan Dolla bermula 2019 dan bakatnya itu semakin menjadi tumpuan peminat.

Apatah lagi setelah mendengarkan Tabby cover lagu penyanyi Keisya Levronka berjudul Tak Ingin Usai itu. Tabby dalam sebuah rakaman video ini mendapat lebih 44,000 tanda suka berserta tular dikongsikan ratusan kali kerana rata-ratanya memuji nyanyian penyanyi berusia 22 tahun itu disamping penghayatannya juga meninggalkan kesan buat pendengar.

Nyanyian Tabby Dolla cover lagu Tak Ingin Usai itu tidak sekadar didengar ribuan netizen malah ruangan komen juga tidak henti-henti rata-ratanya meninggalkan respon pujian terhadap salah seorang anggota kumpulan penyanyi wanita terkenal, Dolla itu yang membuatkan netizen juga tergamam dengan bakatnya membawa lagu tersebut dengan hanya duduk.

“Duduk je suara bukan kaleng kaleng”

Tabby Tak Ingin Usai

“The highnote…”

IMG_20220805_113141

“Suara sama…”

Tabby Tak Ingin Usai

“Tak senang nak tarik suara tinggi time duduk, bangga…”

IMG_20220805_113211

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Tarik sambil duduk! Nyanyian Tabby Dolla ‘Tak Ingin Usai’ dapat pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*