Kecoh Isu Video Noh Salleh Tular, Netizen Dakwa Ada Pihak Cuba Sabotaj?

Semalam ramai yang terkejut apabila Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan berita penceraian mereka menerusi perkongsian di Instagram. Sebelum ini, kisah masalah rumah tangga mereka pernah menjadi bualan ramai namun Noh mendakwa ianya hanya khabar angin semata-mata dan tidak benar.

Semenjak kebelakangan ini juga, nama Noh Salleh menjadi antara carian terhangat di Twitter gara-gara isu video tidak senonoh yang dikaitkan dengan penyanyi itu. Bahkan ramai yang terkejut dengan dakwaan tersebut namun sehingga kini tiada sebarang bukti atau video yang berjaya dijumpai netizen.

Ini sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan dari netizen yang menganggap ianya adalah berita palsu dan cubaan menjatuhkan nama vokalis kumpulan Hujan itu. Malah ada teori yang mendakwa ini merupakan salah satu kerja sabotaj yang dilakukan memandangkan sebarang carian yang dilakukan hanya akan berakhir di akaun-akaun palsu dan juga akaun ‘click bait’.

“Kalau kau cari Noh Hujan, Noh Salleh kat Twitter atau YouTube, kau akan jumpa banyak fake akaun dan bot yang kata ada video leak dia. Padahal satu apa pun tak ada.”

twitter

Individu itu juga turut memberitahu kebanyakan akaun palsu yang ditemuinya itu juga adalah daripada negara India dan bukannya akaun tempatan menguatkan lagi teori yang dikatakannya itu. Tambahnya lagi, kemungkinan besar akaun-akaun palsu tersebut telah dibayar oleh seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik terhadap penyanyi itu.

“Noh Salleh ni nama besar dalam industri kot, sekejap je akan tersebar merata-rata kalau betul ada video dia.”

noh salleh

Berdasarkan pemerhatiannya juga, kesemua akaun yang mendakwa mempunyai video tidak senonoh itu hanyalah mempunyai gambar video ‘thumbnail’ dengan fail yang tersembunyi.

Semenjak isu ini kecoh dikongsikan di Twitter, tiada sebarang video melibatkan penyanyi itu berjaya ditemui oleh netizen dan ramai yang menganggap ia hanyalah berita palsu semata-mata.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Kecoh Isu Video Noh Salleh Tular, Netizen Dakwa Ada Pihak Cuba Sabotaj?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*