Tak Serik, Bonda Rozita Tertekan Aliff Syukri Insaf Tak Sampai Seminggu

Sebelum ini memuat naik video menangis teresak-esak serta mahu undur diri dari media sosial, namun tak sampai seminggu usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kembali memuat naik video di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Aliff memuat naik video menari dengan sebatang mop kayu serta memaklumkan lagu dangdutnya berjudul Baby Sayang akan dilancarkan hari ini.

Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu mengundang kecaman ramai serta ada yang menyindir usahawan itu yang kononnya sebelum ini mahu memadam akaun Instagram miliknya. 

Turut kelihatan komen ibu usahawan itu iaitu Bonda Rozita yang mengatakan dia sudah tidak tahan menanggung fitnah disebabkan perbuatan anaknya itu.

 

Kata Bonda Rozita lagi, anaknya itu lebih mementingkan pihak pengurusan rakaman lagu tersebut berbanding teguran daripadanya.

Menurutnya lagi, Aliff seolah tidak serik mencetuskan kontroversi serta dia berasa tidak aman kerana tidak sampai seminggu anaknya kembali memuat naik perkongsian.

Terdahulu, Aliff turut memohon maaf kepada ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.

Aliff berkata dia membuat keputusan undurkan diri dari media sosial demi ibunya, isteri serta anak-anak. Ujarnya lagi, dia menyifatkan kali ini adalah ujian paling berat buat dirinya.

SUMBER: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Tak Serik, Bonda Rozita Tertekan Aliff Syukri Insaf Tak Sampai Seminggu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*