Meerqeen Nyanyi Live Di Stesen TV Indonesia, “Bukan Selalu Tengok..Menari Dangdut..”

Dua nama pelakon baharu, Meerqeen dan Anna Jobling ini nampaknya semakin meningkat naik. Hasil lakonan mereka dalam drama Melur Untuk Firdaus menjadikan mereka semakin dikenali ramai.

Peminat hero dan heroin muda ini bukan sahaja dari Malaysia malah dari negara jiran juga iaitu Indonesia. Malah baru-baru ini Meerqeen dan Anna Jobling terbang ke Indonesia dan disambut oleh peminat mereka di sana dengan cukup meriah.

Selain dari itu, mereka berdua juga turut dijemput ke stesen TV di sana. Malah rakaman gelagat mereka ketika muncul dalam rancangan bual bicara terkenal di Indonesia turut menjadi tumpuan ramai.

Sempat juga Meerqeen nyanyi live di stesen TV Indonesia. Berikut adalah perkongsian rakaman gelagat pelakon berbakat ini ketika berada di negara jiran tersebut:

Sempoi habislah Meerqeen! Dari lagu jiwang lentok tiba-tiba muzik bertukar dangdut, dia pun ikut sama melodi tersebut. Siap joget lagi tu!

Perkongsian rakaman Meerqeen nyanyi live di stesen TV Indonesia ini telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun ainnomnomnom dan telah meraih lebih 600 ribu tontonan serta 64 ribu likes.

Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur menyaksikan gaya sempoi pelakon kacak ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di perkongsian tersebut:

“Best jugak suara Meerqeen ni..Boleh jadi penyanyi ni”

Screenshot at Aug 16 20-03-48

“Alahai..meleleh dengar dia nyanyi..Kalau dia nyanyi betul2 mesti best sangat ni”

Screenshot at Aug 16 20-03-17

“Diorang bawak diri dengan baik sekali..Goo high meme n anna”

Screenshot at Aug 16 20-02-45

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER:HCL

Be the first to comment on "Meerqeen Nyanyi Live Di Stesen TV Indonesia, “Bukan Selalu Tengok..Menari Dangdut..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*