Tak Mahu Lagi Reka Baju S3ksi, Rico Rinaldi Sanggup Rugi RM35,000

Pereka fesyen tempatan, Rico Rinaldi baru-baru ini menerima pujian ramai di atas hijrah kecil yang cuba dilakukannya. Seperti yang semua maklum, Rico Rinaldi merupakan seorang pereka fesyen yang cukup terkenal menghasilkan busana perkahwinan untuk selebriti terkenal di Malaysia.

Baru-baru ini dia mengumumkan untuk tidak lagi menerima tempahan untuk membuat rekaan busana yang seksi dan tidak menutup aurat. Perubahan yang diumumkan ini juga turut dikongsikan di laman Twitter miliknya untuk dimaklumkan kepada orang ramai.

Difahamkan, Rico membuat keputusan tersebut sebaik sahaja dia menerima penjelasan dari Ustazah Asma’ Harun baru-baru ini. Ianya juga bukanlah satu keputusan yang mudah menurutnya kerana ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmatnya sebagai pereka fesyen.

Selepas menerima penjelasan dari Ustazah Asma’ Harun, pereka fesyen itu nekad untuk melakukan perubahan di mana akan menerima tempahan baju yang lebih sopan. Menurutnya, keputusannya itu juga turut memberikan kesan kepada perniagaannya apabila hampir 10 pelanggan yang menempah baju memilih untuk membatalkan tempahan mereka.

Tambahnya lagi, dia juga terpaksa memberikan pulangan deposit kepada setiap pelanggan itu kira-kira RM3,500-RM5000. Rico turut memberitahu walaupun wang yang akan diraih mungkin lebih rendah selepas ini namun keutamaannya pada masa ini adalah untuk mendapatkan keberkatan dalam menjalankan perniagaannya ini.

Dia juga menjelaskan untuk tidak mahu bersubahat dalam menghasilkan rekaan baju yang seksi untuk para pelanggannya. Pengumuman dari pereka fesyen ini juga turut menyentuh hati ramai pihak yang berasa terharu melihat perubahan yang cuba dilakukannya. Dalam masa yang sama, ramai yang memberikan sokongan kepada Rico untuk meneruskan perjuangannya itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Tak Mahu Lagi Reka Baju S3ksi, Rico Rinaldi Sanggup Rugi RM35,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*