Ryan Bakery Belanja Suara, Tak Sangka Boleh Menyanyi Rupanya!

Tiktokers dikenali dengan nama Ryan Bakery ini menjadi satu fenomen luarbiasa sekali. Menghasilkan content dengan mengimbau kenangan masa di zaman kanak-kanak, muka berbedak capuk menjadi trademark pemuda dari Perak ini.

Selain dari itu, apa juga yang dibuat oleh Ryan Bakery pastinya akan menjadi perhatian ramai. Malah Ryan juga menjadi tumpuan media apabila mula dijemput ke konti radio dan sebagai tetamu jemputan dalam rancangan di televisyen.

Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok dengan nama akaun Sepahtureunionlive dipaparkan Ryan hadir sebagai tetamu undangan. Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah video rehearsal tersebut memaparkan Ryan Bakery belanja suara.

Tak sangka rupa-rupanya selain berbakat berlakon, Ryan juga memiliki anugerah suara yang merdu! Korang saksikan sendiri rakaman yang dimuat naik ini:

Menerusi perkongsian rakaman itu, Ryan Bakery belanja suara dengan menyanyikan semula sebuah lagu popular di era ‘rock kapak’. Rasa macam tidak percaya pula suara yang menyanyi itu adalah milik Ryan sendiri.

Ya lah, selalu bila menonton video yang dihasilkan Ryan memang ‘masuk air’ habis! Tapi kali ini Ryan Bakery layan jiwang pula. Apa-apa pun rakaman rehearsal ini sahaja sudah meraih perhatian ramai. Apatah lagi bila siaran langsung itu nanti.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Fuu merdu siak suara..Mesti kalau ngaji lagi sedap”

Screenshot at Aug 04 19-14-17

“Sama macam dalam kaset arr abng Azan Scan”

Screenshot at Aug 04 19-13-52

“Mesti rating astro warna naik malam ni”

Screenshot at Aug 04 19-13-38

“Fenomena Ryan Bakery”

Screenshot at Aug 04 19-13-18

“Episod yang bakal trending dan viral di semua platform socmed”

Screenshot at Aug 04 19-12-40

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Ryan Bakery Belanja Suara, Tak Sangka Boleh Menyanyi Rupanya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*