Afieq Shazwan Sempoi Layan Duet Karaoke Di Kedai Makan, Suara Gadis Itu Pun Boleh Tahan!

Anak muda dikenali dengan nama Afieq Shazwan ini mula menceburi dunia hiburan sejak dari kecil lagi. Pernah menyertai rancangan realiti TV, Idola Kecil, Afieq Shazwan juga cukup popular sebagai seorang pelakon.

Menginjak dewasa, bakat nyanyiannya itu dimanfaatkan dengan menghasilkan rakaman nyanyian semula lagu-lagu popular. Ternyata bakat nyanyiannya itu masih menyengat dan nama Afieq Shazwan juga semakin meningkat naik.

Bagaimanapun baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Afieq Shazwan sempoi layan duet karaoke di kedai makan telah mencuri perhatian ramai. Dalam video itu dilihat Afieq Shazwan menyanyi dari kerusi di meja makannya sambil memegang mikrofon.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah rakan nyanyi duet Afieq Shazwan itu berada agak jauh darinya. Berikut adalah perkongsian rakaman Afieq Shazwan sempoi layan duet karaoke di kedai makan ini:

 

Tak kisahlah rakan duetnya jauh pun, suara perempuan tu pun boleh tahan padu! Untuk info, Afieq Shazwan nyanyikan semula lagu Memori Berkasih nyanyian asal Siti Nordiana dan Achik Spin.

Apa-apa pun nyanyian Afieq dan gadis ini telah menerima pujian ramai. Perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Afieq Shazwan ini telah meraih lebih 2 juta tontonan dan 178 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Afieq ni suara hampir kepada arwah Achik. Cuma arwah Achik lagi merdu. Macam ada ‘lemak manis’ nye kat situ…”

Screenshot at Aug 04 13-42-20

“Sedap suara perempuan tu”

Screenshot at Aug 04 13-41-57

“Wow sedapnya suara abang dan kak macam Siti Nordiana dan Acik”

Screenshot at Aug 04 13-41-35

“Apa pun Afieq memang sporting!…”

Screenshot at Aug 04 13-40-37

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Afieq Shazwan Sempoi Layan Duet Karaoke Di Kedai Makan, Suara Gadis Itu Pun Boleh Tahan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*