‘Rindunya Mama Pada Aariz..’ Anak 5 Bulan ‘Pergi’ Dengan Tiba-Tiba Ketika Berada Di Taska

Tiga tahun Aisyah Abdul Aziz dan suami, Azrai Ramly menanti kehadiran anak lelaki dan doa mereka termakbul apabila dikurniakan bayi diberi nama Aariz Nuh pada 13 Februari lalu.

Kehadiran Aariz memberi sinar dalam kehidupan mereka namun yang terindah hanya sementara apabila anak bongsu mereka itu dijemput Ilahi pada 3 Ogos lalu ketika berusia lima bulan.

Aariz meninggaI dunia pada jam 12.05 tengah hari selepas dihantar ke sebuah taska dan punca kmatian masih beIum diketahui kerana perlu menunggu laporan lengkap bedah siasat.

Lebih menydihkan apabila Aariz pergi seminggu sebelum Azrai menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34, 10 Ogos lalu.

Kisah meruntun hati itu mendapat perhatian warganet selepas Aisyah, 33, memuat naik video di TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menerusi video itu, kelihatan Aisyah memangku Aariz yang dibaIuti kain batik dalam keadaan tidak bernyawa.

Berk0ngsi kisah sebenar, Aisyah berkata, video itu dimuat naik sebagai kenangan dan untuk meIepaskan rindu terhadap anaknya.

“Orang yang datang ziarah di rumah mungkin nampak saya kuat namun saya sebenarnya tldak tahu bagaimana untuk meIuahkan perasaan rindu pada anak.

“Jadi, perk0ngsian di TikTok itu sahaja cara untuk meIuahkan apa yang terpendam kerana hendak meratap tidak boleh, nak menangis pula sampai bila?

“Tak sngka ramai yang menonton termasuk perk0ngsian video suami, malah ramai yang mendoakan dan itu (doa) membuatkan saya bangkit,” katanya ketika dihubungi.

Menceritakan apa yang berlaku, Aisyah berkata, pagi hari kejadian, suaminya menghantar Aariz ke taska sebelum ke tempat kerja.

Katanya, pada jam 12.05 tengah hari, dia menerima panggilan daripada pihak taska memaklumkan anaknya berada di sebuah hospital swasta, di sini.

“Saya datang bersama suami dan setibanya di hospital, kami nampak doktor dan jururwat ada di sisi Aariz sebelum memberitahu yang anak kami sudah tiada.

“Saya terus peIuk suami ketika itu dan sedih sangat hingga tertanya-tanya mengapa Aariz boleh meninggaI dunia sedangkan saya sudah menghantarnya ke tempat yang terbaik tetapi tenang semula selepas mengenangkan Rasulullah yang juga diuji dengan kmatian anak Baginda.

“Lagipun Aariz sudah pasti di syurga, jadi ia hadiah buat kami sekeluarga apabila tahu dia di tempat yang baik di sisi yang Esa,” katanya.

Aisyah berkata, anak sulungnya, Afea Naela, 6, yang paling terkesan dengan pemergian Aariz.

“Sebelum adanya Aariz, saya sudah ada dua cahaya mata perempuan dan tidak kisah jika dapat lagi yang sama (anak perempuan).

“Bagaimanapun anak perempuan saya berdoa supaya dapat adik lelaki malah dia yang paling teruja sejak hari pertama Aariz dilahirkan.

“Sejak Aariz pergi, hampir setiap malam Afea menangis dan cium bantal adiknya kerana rindu,” katanya.

Menurutnya, suaminya juga sedih kerana dia bekerja syif dan mengakui masih beIum sempat meluangkan banyak masa bermain dengan Aariz berbanding dirinya yang menjaganya sendiri ketika dalam tempoh berpntang.

Salam takziah buat keluarga moga tabah kehilangan insan tersayang. Alfatihah buat anak syurga. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Rindunya Mama Pada Aariz..’ Anak 5 Bulan ‘Pergi’ Dengan Tiba-Tiba Ketika Berada Di Taska"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*