Meerqeen Dikecam C1um Dahi Pelawak Indonesia

Penangan drama Melur Untuk Firdaus bukan saja hangat diperkatakan di Malaysia, malah di negara seberang, Indonesia apabila ramai yang suka melihat gandingan pelakon Meerqeen dan Anna Jobling. 

Pasti ramai tahu kedua pelakon itu kini berada di Indonesia bagi memenuhi undangan temu bual bersama media, stesen televisyen Trans TV dan sesi bertemu peminat. di sana.

Belum lagi reda dengan isu Meerqeen dipeluk peminat wanita, timbul pula isu lain apabila tular satu video memaparkan pelakon 21 tahun itu mencium dahi seorang pelawak Indonesia iaitu Kiky Saputri.

Bukan saja dicium oleh Meerqeen, malah pelawak terbabit turut membalas ciuman tersebut dengan mencium pipi pelakon lelaki berkenaan.

 

Video tersebut yang dimuat naik oleh Kiky sendiri di laman Instagram miliknya kini tular dalam kalangan peminat di aplikasi TikTok.

Seperti sudah dijangka, video tersebut mengundang kecaman netizen yang menghentam tindakan Meerqeen yang seolah tidak menjaga batas sebagai lelaki Muslim.

Tidak kurang juga, ramai peminat Meerqeen ternyata kecewa dengan tindakan pelakon tersebut yang seolah mengalami kejutan populariti. Malah, ada yang berseloroh meminta Meerqeen segera pulang ke Malaysia kerana bimbang akan ‘terpesong’ jauh.

SUMBER: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Meerqeen Dikecam C1um Dahi Pelawak Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*