Lah Ahmad Kembali Memegang Watak Utama Dalam Drama “Mahligai Belum Terbakar”

Memiliki suara yang lunak merdu dan sentiasa berjaya membuatkan sesiapa yang mendengar nyanyiannya pasti akan terpukau. Lah Ahmad yang dikenali pada awal pembabitannya dalam industri muzik pernah bersama kumpulan V.E yang sangat popular sekitar awal tahun 2000.

Lakonan Yang Diterima Ramai

via tv2

Selain itu dirinya pernah menganggotai kumpulan nasyid Al-Mawlid dan aktif menyanyikan lagu berunsur dakwah juga pernah melahirkan beberapa buah album.

Namun percubaannya terjun dalam bidang lakonan juga diterima ramai peminatnya. Nampak tidak kekok dan kaku sebaliknya berjaya membawakan watak diberikan pengarah dengan jayanya.

Kembali Memegang Watak Utama

Terbaharu Lah Ahmad muncul sebagai watak utama dalam telemovie kekeluargaan bertajuk “Mahligai Belum Terbakar” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Drama On 2 yang bakal menemui penonton setia saluran TV2 pada 9 Ogos ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Pemuda Yang Berhadapan Dengan Konflik Hidup

via tv2

Bergandingan dengan pelakon Fatimah Az Zahra Ahmad, Syed Ali, Zalfa Zain dan Zul Helmi, Lah Ahmad menghidupkan watak pemuda bernama Fahimi yang berdepan konflik dalam hidupnya.

Fahimi diuji dengan pergolakan dalam diri seorang lelaki bila mahligai yang dibina dan diharapkan bahagia hingga ke akhir usia gagal dipertengahan jalan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

SUMBER: SLAMBER MEDIA

Be the first to comment on "Lah Ahmad Kembali Memegang Watak Utama Dalam Drama “Mahligai Belum Terbakar”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*