Lakonan Siti Nordiana Curi Perhatian, “Pertama Kali Tengok Nana Bawa Watak Garang”

Pelantun suara bagi lagu Memori Berkasih, Siti Nordiana ini siapa sahaja yang tidak mengenalinya. Memulakan kariernya bermula di usia muda remaja lagi, namanya sehingga kini masih mekar di dalam industri hiburan tanah air.

Lagu-lagunya yang lain seperti Gurauan Berkasih, Paling Comel, Hatiku Milikmu dan banyak lagi membuktikan Siti Nordiana ini bukan calang-calang penyanyi. Ada satu ketika Siti Nordiana menyepikan diri, namun setelah menyertai Gegar Vaganza dia kembali menjadi seorang penghibur.

Selain dari menyanyi, Siti Nordiana juga turut ‘cuba-cuba’ berlakon. Malah terbaharu ini Siti Nordiana membintangi sebuah drama berjudul Selamanya Suri Cinta.

Satu rakaman dengan paparan babak lakonan Siti Nordiana ‘memukul’ anaknya telah dikongsikan dan telah meraih perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:

Wow, bukan main lagi lakonan Siti Nordiana dalam drama ini ya! Pandai juga dia berlakon rupanya. Memang terasa kemarahan seorang ibu biarpun rakaman yang dikongsikannya itu tidaklah panjang mana.

Malah karakter lakonan penyanyi tersebut kali ini memang nampak lain dari personalitinya yang lemah lembut. Disebabkan itu para netizen memuji lakonannya dalam drama tersebut. Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 315 ribu tontonan dan 12 ribu likes.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Pertama kali tengok Nana bawa watak garang”

Screenshot at Aug 06 12-17-17

“Pengarah mintak Nana lepas kan geram pada haters dia tuh untuk dapat feeling”

Screenshot at Aug 06 12-16-59

“Mader..Sabar mader..Sian Kak Long tu”

Screenshot at Aug 06 12-16-45

“First time tengok Kak Nana bawak watak macam Kak Engku”

Screenshot at Aug 06 12-16-04

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Lakonan Siti Nordiana Curi Perhatian, “Pertama Kali Tengok Nana Bawa Watak Garang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*