Lagu Baby Sayang Aliff Syukri & Baby Shima Trending No. 1 Di YouTube

Meskipun dikecam teruk oleh netizen, namun lag dangdut Baby Sayang nyanyian usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama Baby Shima trending nombor satu di YouTube selepas 9 jam dilancarkan.

Baru 24 jam dilancarkan, muzik video lagu tersebut sudah mendapat lebih 400,000 tontonan.

Hasil tinjauan, setakat ini muzik video itu menerima sebanyak lebih 4,000 komen dan mencecah 7 ribu tanda suka. 

Terdahulu, video teaser muzik video tersebut dikecam teruk oleh netizen sehingga Aliff memberitahu akan undur diri dari media sosial.

Namun, kurang seminggu Aliff dilihat kembali mempromosikan lagu dangdutnya itu. Meskipun sudah ditegur oleh ibunya, Aliff seolah tidak serik. 

SUMBER: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Lagu Baby Sayang Aliff Syukri & Baby Shima Trending No. 1 Di YouTube"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*