Ira Kazar Dipanggil Jawi

Didakwa menganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini.

Memetik Harian Metro, Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman difailkan Puteri Sarah dan dua aduan di pejabat agama baru-baru ini.

Sumber memberitahu, Ira yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar itu hadir bersama keluarganya.

Pihak Harian Metro menghubungi pihak Jawi bagi mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Puteri sarah membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar. Menurut Puteri Sarah, ia berkaitan dengan gangguan ketenteraman dirinya (kes sivil) selain menganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.

SUMBER: HARIAN METRO

Be the first to comment on "Ira Kazar Dipanggil Jawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*