Fara Salleh Tunai Umrah, Netizen Doa Tak Kacau Suami Orang Lagi

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelakon dan pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera yang didakwa disebabkan orang ketiga dikenali sebagai Fara Salleh.

Lama berdiam diri, baru-baru ini, Fara ada memuat naik perkongsian di Instagram dimana dia berangkat ke Tanah Suci pada 4 Ogos lalu untuk menunaikan ibadah umrah bersama ibunya.

Menerusi satu perkongsian lain, Fara meluahkan rasa syukur apabila selesai melakukan ibadah Umrah serta meminta orang ramai mendoakan agar dirinya terus istiqamah.

Perkongsian Fara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar mendapat umrah mabrur serta bertemu jodoh yang terbaik.

Malah, ada yang menyarankan agar Fara memohon kemaafan daripada Sera serta berharap wanita itu tidak lagi mengganggu suami orang.

SUMBER: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Fara Salleh Tunai Umrah, Netizen Doa Tak Kacau Suami Orang Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*