Baby Shima Yakin MV Baby Sayang Bersama Aliff Syukri Akan Disukai Ramai

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai video teaser lagu dangdut usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama penyanyi, Baby Shima dikecam ramai.

Namun, tengah hari tadi muzik video lagu Baby Sayang itu telah pun dilancarkan di saluran YouTube. Baru enam jam dimuat naik, MV lagu tersebut mendapat sambutan luar biasa apabila sudah mendapat lebih 100 ribu tontonan.

Sementara itu, Baby Shima turut memuat naik sedutan rakamanb belakang tabir lagu berkenaan. Baby Shima turut menulis kapsyen bahawa dia yakin MV lagu tersebut pasti akan disukai ramai. 

Diruangan komen, seperti sudah disangka ramai yang mengecam perkongsian penyanyi itu serta mengatakan kenyataan Baby Shima itu seolah meminta untuk dikecam. Tidak kurang juga, ada yang meminta agar memboikot lagu tersebut.

 

Terdahulu, Aliff memuat naik perkongsian memaklumkan mengenai pelancaran lagu tersebut. Aliff berkata suaranya terlalu sedap untuk disimpan dan mengatakan ramai sebenarnya cemburu dengan bakatnya.

SUMBER: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Baby Shima Yakin MV Baby Sayang Bersama Aliff Syukri Akan Disukai Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*