“Mcm Lawyer Siti Bainun” Kelibat Identiti Peguam Sudah Mula Jadi Perhatian, Siti Sarah Tampil Buat Penjelasan

Sedang filem Mat Kilau yang tengah meledak-ledak di pawagam tanah air, kisah pergolakan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dengan Syamsul Yusof juga naik sama.

Di sebalik semua kekalutan melanda hidupnya, Puteri Sarah tak ter.lepas da.lam mencari cara untuk menenangkan jiwa yang kusut.

Jelasnya lagi, dia pe.rnah terlepas rasa amarah terhadap anak sulungnya suatu ketika dahulu, Syaikhul, namun kini perlahan-lahan berjaya mengawalnya dengan baik.

“Dahulu, awal-awal saya terlepas juga kepada Syaikhul. Kasihan dia.

“Lama-lama saya be.lajar untuk kawal diri. Dikelilingi dengan individu yang positif, sibukkan diri.

“Keluarkan diri daripada kelompok toksik. Bila saya sudah keluar, rasa hidup semula dan gembira,” kongsinya.

Puteri Sarah ada berkongsi perkara tersebut bagi menjawab pertanyaan netizen yang bertanya bagaimana dia mencari kekuatan ketika hidupnya dilanda mas.alah.

Namun pun begitu kini timbul tanda tanya di kalangan netizan dengan kelibat peguam di sebelah Puteri Sarah ketika di temuramah wartawan. Ramai menyangka susuk tubuh peguam ter.sebut semacam Peguam Siti Kasim.

Kini Tampil menjawab kekeliruan tersebut, Sarah ada berkongsi di laman IG story beliau senarai peguam-peguam yang terlibat dengan nya.

Peguam Siti Bainun?

Menurut Puteri Sarah, peguam yang terlibat bukan lah peguam yang sama dengan Siti Bainun

Nama peguam tersebut ialah Ummi Kartini Binti Abd Latiff

Dengan memberi pen.jelasan tersebut, rata-rata netizan berasa lega kerana peguam Siti Bainun tidak terlibat dalam pembelaan melibatkan S4man Puteri Sarah terhadap Ira Kazar ini.

Anak-anak tak tahu, saya atasi stres dengan mengaji – Puteri Sarah

Kemelut yang melanda rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendapat begitu banyak perhatian ramai namun untuk menceritakan tentang hal itu kepada anak-anak, pelakon wanita ini memilih tidak.

Keputusan itu dibuat oleh Sarah demi kepentingan emosi dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 2.

“Anak-anak tak tahu dan saya nak kekalkan begitu.Anak-anak dikelilingi orang-orang yang positif dan jauh dari persekitaran yang toksik. Jadi saya nak kekalkan begitu supaya pembesaran dan emosi mereka terjaga,”katanya.

Sarah berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram Stories semasa menjawab pertanyaan seorang pengikut yang bertanyakan tentang hal tersebut.

Selain itu, dalam hantaran di IGS lainnya, Sarah juga berkongsi bahawa dia pernah berdepan dengan situasi kegagalan mengawal stres yang menyebabkan anak-anaknya terkena tempias.

“Dulu, masa awal-awal, saya pun pernah terlepas marah dekat Syaikhul. Kasihan dia. Sampai sekarang, saya rasa diri ini bukan seorang ibu yang baik bila teringat apa yang saya pernah buat.

“Tapi Syaikhul tak ingat. Saya cuba menjadi seorang ibu terbaik buat anak-anak saya. Lama-lama, saya belajar untuk kawal diri. Dekatkan diri dengan orang-orang yang positif.

“Sibukkan diri dengan bekerja, kerja dari rumah pun okey. Keluarkan diri kita dari persekitaran yang toksik itu. Bila saya dah keluar dari persekitaran sebegitu, saya rasa lebih hidup dan gembira,”katanya.

Dalam pada itu, pelakon ini juga berkongsi antara cara untuk cuba melawak stres itu adalah dengan mengaji Al-Quran.

“Bila saya mula mengaji semula pada tahun lepas, jiwa rasa terisi dan kuat. Setiap hari cuba isi walau 20 minit . Dengan mengaji, ia buat hati saya rasa tenang. Saya dapat semula kawal diri dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.

“Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walau sibuk dengan penggambaran, macam-macam masalah melanda, saya pun dah khatam Al-Quran. Bagi saya, mengaji bantu saya untuk berfikiran waras dan sentiasa positif,”katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.

Puteri Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan pengarah itu, malah mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

kredit: utusan, kosmo, ig Puteri Sarah fb kecohape

Be the first to comment on "“Mcm Lawyer Siti Bainun” Kelibat Identiti Peguam Sudah Mula Jadi Perhatian, Siti Sarah Tampil Buat Penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*