“Anugerah ALLAH yang maha agung buat kami…”- Nelydia Senrose, suami tunai haji

ANUGERAH dan ujian diberikan kepada manusia untuk menjadikan seseorang itu lebih baik.

Itu yang dilalui pelakon cantik Nelydia Senrose yang dijemput menjadi tetamu ALLAH untuk menunaikan ibadah haji.

Nelydia yang berangkat ke Mekah bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi semalam menyifatkan panggilan haji yang diterimanya adalah anugerah terindah buat mereka.

“Saya dan suami dengan penuh rasa kesyukuran, gembira dan tawaduk atas kebesaran Pencipta yang Maha Pengasih dan Mengasihani yang mengizinkan kami menjadi tetamu Allah bagi menunaikan haji.

“Ini adalah anugerah ALLAH yang maha agung buat kami berdua. Segala yang saya hajatkan. Semua yang saya impikan.

“Apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah dari-Nya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan sehingga ke akhir hayat,” tulisnya di Instagram.

SUMBER: SINAR HARIAN

Be the first to comment on "“Anugerah ALLAH yang maha agung buat kami…”- Nelydia Senrose, suami tunai haji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*