[VIDEO] Syamsul Yusof Jawab Spekulasi Bakal Berkahwin Dengan Ira Kaza

Sebelum ini, heb0h mengenai desas-desus pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang didkwa bakal berkahwin dengan gadis yang merupakan anak kepada pelakon veteran Kaza Saisi.

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan berita mengenai perkara tersebut sehingga nama Syamsul menjadi ‘buruan’ media terutamanya ketika tayangan perdana filem terbarunya, Mat Kilau baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah, Terima Kasih DM Saya, Puteri Sarah Liyana Moh0n Jangan Lupa Tanggungjawab ” – Syamsul Yusof Didkwa Sudah Bertunang

Namun begitu, Syamsul difahamkan tidak hadir kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Susulan itu, pihak Melodi TV3 berkesempatan untuk menghubungi Syamsul pada Ahad lalu secara peribadi, namun mereka tidak dapat merakam sesi perbualan untuk menghormati permintaan Syamsul.

Menurut pengacara rancangan sensasi tersebut, Nabila Huda berkata pihak Melodi TV3 mendengar penjelasan yang keluar daripada mulut Syamsul tanpa rekod dan mendedahkan wajahnya kepada umum.

Perk0ngsian tersebut dimuat naik di akaun Instagram rasmi Melodi TV3.

Tampil menjawab dkwaan tersebut, Syamsul menegaskan spekulasi yang digempar-gemburkan di serata media sosial adalah tidak benar dan dia tidak akan berkahwin dengan sesiapa pun.

Menerjah ke ruangan komen hantaran Melodi itu, ramai dalam kalangan warganet yang telah menarik lafas lega dan bersyukur sekiranya benar Syamsul tidak akan berkahwin lagi.

Ini kerana mereka meluahkan rasa simpati terhadap isterinya, pelakon jelita Puteri Sarah Liyana dan nasib kedua-dua anak mereka yang masih kecil.

Rata-rata warganet turut memoh0n gadis yang dikatakan bercinta dengan Syamsul, iaitu Ira Kaza untuk berhenti menggnggu mahligai cinta pasangan sejoli ini agar keadaan mereka tidak akan bertambah keruh.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Sumber & video dipetik dari Xtra, Instagram Melodi TV3 Official

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Syamsul Yusof Jawab Spekulasi Bakal Berkahwin Dengan Ira Kaza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*