[VIDEO] Datuk Yusof Haslam Sebak, Tahan Air Mata Ketika Beri Pesanan Buat Syamsul & Puteri Sarah

Penerbit dan bapa kepada Syamsul Yusof, Datuk Yusof Haslam sebak ketika memberi pesanan buat anak dan menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Menurut Yusof, dia tidak mahu memberi komen tentang perkara yang belum berlaku kerana tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak.

Pesanannya buat Puteri Sarah agar kuat menghadapi ujian dan mempertahankan rumah tangga yang telah lama dibina.

“Saya doakan mudah-mudahan Sarah kuatkan semangat dan kalau boleh pertahankan rumah tangga.

“Semoga Sarah terus tabah, istiqamah dan hadapi dengan tenang. Walaupun saya tahu, bercakap memang mudah, yang menanggungnya di bahu dia sendiri.

“Saya harapkan yang terbaik untuk Sarah,” katanya dalam satu temu bual dengan Melodi TV3.

Yusof ditemui ketika majlis tayangan filem Mat Kilau di GSC The Starling Mall, baru-baru ini.

Tambahnya, tiada ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka tersasar namun apa sahaja keputusan yang diambil, dia percaya itu sudah ketentuan Tuhan.

“Sebagai seorang ayah, saya sentiasa mendoakan yang baik. Semoga Syamsul sihat, teruskan perjuangan. Papa Mama amat sayangkan kamu, Syamsul.

“Apa sahaja keputusan yang berlaku, itu qada dan qadar Allah SWT tentukan. Kami sebagai orang tua doakan dari jauh mudah-mudahan anak dan menantu saya selamat di dunia dan di akhirat,” katanya sambil menahan air mata.

VIDEO:

Sumber & video dipetik dari Xtra, Youtube TV3 Official

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Datuk Yusof Haslam Sebak, Tahan Air Mata Ketika Beri Pesanan Buat Syamsul & Puteri Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*