[VIDEO] Joget Cucuk Langit Sebagai Penutup Majlis Tilawah Alquran, Warganet Akui Kecewa

Program keagamaan adalah satu program yang dianggap suci lagi-lagi jika membabitkan program tilawah alquran. Seperti yang kita tahu, selalunya akan dibacakan doa pada awal dan juga penutup majlis bagi memberkati lagi suasana.

Pun begitu, lain pula kejadian yang berlaku di negara seberang ini di mana penganjur mengadakan joget cucuk langit sebagai penutup majlis mengundang ‘kecaman’ ramai terutamanya bagi orang muslim.

Video penutupan majlis tilawah itu telah viraI di media sosial dan salah seorang pengguna Facebook, Abduh Nursalam telah muat naik video tersebut di laman Facebooknya.

“Maksiat terbuka ini berlaku dalam majlis penutup Musabaqah Tilawah Al-Quran di sebuah negeri di negara jiran.

Semua berkopiah bertudung. Program baca Al-Quran, tapi ditutup dengan lagu Bara Bara Bere Bere.”

“Umat makin tenat…Bala kalau turun, semua akan kena. Di sana ada ramai orang-orang soleh. Makin berat kerja dakwah yang mereka kena buat”

“Semoga Allah sentiasa beri kekuatan kepada kita untuk sentiasa mengatakan benar jika ia sebuah kebenaran. Salah jika ia sebuah kesalahan. Ya Allah, berikan kami dan mereka hidayah-MU”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kecewa dan sedih melihat program suci itu diakhiri dengan lagu cucuk langit sebegitu.

Malah warganet juga hairan dengan penganjur yang seolah-olah tidak dikurniakan akal fikiran sekaligus mencemarkan nama baik agama.

Antara komen warganet:

“Sedih tengok umat islam macam ni.. minta jauh berlaku macam kat Malaysia”

“Akhir zaman sungguh.. tenat, penat, kritikaI mungkin semua dah giIa”

“Dah kenapa dengan semua nii.. ini bukanlah cara islam yang sebenar, tolong jangan terpedaya”

VIDEO:

Sumber & video dipetik dari YN, Facebook

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Joget Cucuk Langit Sebagai Penutup Majlis Tilawah Alquran, Warganet Akui Kecewa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*