[VIDEO] Dakwa Sudah Tiga Kali Buat Laporan, Renovasi Rumah Jiran Beri Kesan Kepada Kediaman Lelaki Ini

Rumah merupakan tempat untuk kita berteduh dan ketika ini harga rumah bukanlah murah. Bayangkan rumah anda hampir ‘musnah’ disebabkan kelalaian orang lain, mesti anda akan berasa kecewa.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @rakeshbathumalai telah berk0ngsi sebuah video dimana meluahkan rasa kecewa apabila jirannya menambah binaan sehingga struktur rumahnya terjejas di Klang.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kawasan rumah tersebut adalah rumah teres 1 tingkat tetapi jirannya telah menambah binaan menjadikan rumah teres 2 tingkat.

Menurut Rakesh, pihak Majlis Perbandaran Klang ke rumahnya dan menandakan keretakan dan ker0sakan di rumahnya tetapi masih tiada tindakan lanjut sehingga sekarang.

Malah, Rakesh juga berasa pelik bagaimana pihak berkuasa boleh meluluskan pembinaan tambahan jirannya tanpa mengambil faktor risik0 yang boleh berlaku apabila binaan siap.

Perk0ngsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata warganet berasa berang dengan tindakan jiran kepada pemilik rumah tersebut yang telah ‘memusnahkan’ rumah yang didiami sejak lebih 30 tahun.

Rata-rata warganet juga berasa sedih dengan keadaan rumah Rakesh yang sudah tidak selamat untuk didiami dan juga bertambah rasa simpati apabila rumahnya turut dir0mpak oleh pnyamun.

Bukan itu sahaja, para warganet berharap pihak yang bertanggungjawab memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan pantas dalam menangani isu ini.

VIDEO:

Malah, rata-rata warganet mengatakan bahawa Rakesh boleh menyaman jirannya itu disebabkan pembinaan tambahan binaan pada rumah telah menyebabkan rumahnya r0sak. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, TikTok, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Dakwa Sudah Tiga Kali Buat Laporan, Renovasi Rumah Jiran Beri Kesan Kepada Kediaman Lelaki Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*