Sharnaaz Ahmad Bersuara, Isu ‘Tweet’ Seorang Warganet Mahu Rembat Kepala Jebat Jayden

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Tindakan seorang pengguna Twitter yang berani membuat ciapan ‘rembat kepala’ Jebat Jayden telah menarik perhatian ayahnya iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad.

Ketika dihubungi OhBulan!, Sharnaaz mencadangkan agar kerajaan mewajibkan setiap pengguna media sosial berdaftar dengan maklumat yang sahih.

Kata usahawan berumur 37 tahun, perbuatan itu boleh menumpaskan aktiviti ‘keyboard warrior’ yang menjadikan platform tersebut sebagai medan untuk meluahkan kata-kata yang berbaur negatif.

“Mudah saja.. Kerajaan perlu wartakan setiap pengguna media sosial perlu berdaftar supaya pemilik akaun adalah pemilik satu entiti yang mudah dikenal pasti dan bukan akaun palsu.

Jadi mudah pihak berkuasa tangani masalah keyboard warrior dan ancman pada individu lain.. Contoh seperti budak spender (seluar dalam) pun mak beli. Kerajaan perlu lebih peka. Ini untuk kebaikan semua.”

Ditanya sama ada dia sudah menerima permoh0nan maaf, pelakon drama ‘I Promise Janji Anaqi’ ini enggan ambil peduli.

” Tak penting pun. Sebab kebanyakan keyboard warrior ini memang depan-depan menggigil. Jadi abaikan.. move forward.”

Pada Rabu, sebuah akaun Twitter telah membuat satu ciapan yang berbunyi:

‘Anak Sharnaaz si Jebat tu kalau aku rembat kepala dia eeeiii.’

Tanpa perlu menunggu lama, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad terus memberi respon.

“Kenapa ya? Kalau saya rembat kepala awak boleh? Bagitau bila boleh?”

Bagaimanapun, ‘tweet’ itu telah dipadam serta akaun tersebut diletakkan dalam mod privasi.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018. – Sumber dipetik dari OB, Instagram Sharnaaz

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Sharnaaz Ahmad Bersuara, Isu ‘Tweet’ Seorang Warganet Mahu Rembat Kepala Jebat Jayden"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*