‘Berakhir Sudah Penderitaan..’ Amizah MeninggaI Dunia Tak Sempat Jumpa Pakar Untuk Rawatan

Wanita yang mengalami masaIah obesiti dan paras oksigen rendah dalam badan, Amizah Amdam, 37, meninggaI dunia di rumahnya di Kampung Padang Demit, Kota Bharu pada 7.30 pagi hari ini.

Bapanya, Amdam Nuh, 69, berkata anak keempat daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kelihatan agak letih dan bengkak di bahagian mata ketika mahu ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

“Sebaik saya pulang dari masjid, Amizah dilihat semakin lemah dan nampak sedang nazak sebelum saya segera mendapatkannya dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

“Sepatutnya tiga hari lagi, Amizah akan berjumpa pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk berbincang mengenai rawatan bariatrik yang dicadangkan, namun tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Paya Demit, di sini.

Allahyrhamah juga berbadan gempal dengan berat badan sekitar 120 kg, namun masih mampu berjalan serta bekerja tetapi terpaksa berguling dan mengesot apabila berat badannya naik mendadak sejak beberapa bulan lalu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan wanita itu yang mempunyai berat badan kira-kira 200 kilogram (kg) terlantar sejak dua bulan lalu disebabkan berat badannya semakin bertambah dan tidak dapat berjalan di mana hanya akan berguling untuk bergerak terutama ke tandas.

Terdahulu, jnazah Allahyrhamah Amizah dibawa ke tanah perkburan dengan bantuan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu bersama penduduk kampung dan selamat dikebumikan pada 2.30 petang tadi.

Ketua Operasi BBP Kota Bharu Mohd Nazarol Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.45 tengah hari bagi meminta bantuan untuk menguruskan pengebumian jnazah wanita itu.

Menurutnya, tujuh anggota menjalankan tugas khas itu dan pihaknya mengambil inisiatif dengan mengusung jnazah menggunakan kain pelikat bagi menggantikan pengusung.

“Jnazah Allahyrham diusung kira-kira 10 individu dan proses pengebumian mengambil masa selama setengah jam,” katanya.

Salam takziah buat keluarga moga tabah hadapi kehilangan insan tersayang. Moga roh arwah dicucuri rahmat. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Berakhir Sudah Penderitaan..’ Amizah MeninggaI Dunia Tak Sempat Jumpa Pakar Untuk Rawatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*