’Air Bertakung Bongkar Penemuan Myat’ Abg Anuar Ditemui Selepas 3 Hari MeninggaI Dalam Rumah

“Saya pelik melihat air paip dari dalam rumah mngsa mengalir sehingga bertakung di depan rumah,” kata Mohd Rozlan Deraman sebelum menemui myat jirannya yang membengkak, hari ini.

Myat Anuar Yusof, 52, ditemukan dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah di Kampung Lubuk Panjang Bukit Besi, jam 8.30 pagi.

Mohd Rozlan, 55, yang berniaga kedai makan bersebelahan rumah mngsa berkata, kali terakhir dia menemui mngsa pada pagi khamis lalu ketika dia minum di kedainya.

“Dia memang tinggal bersendirian di rumah itu. Pagi khamis itu dia datang minum dan seperti biasa, arwah akan bergurau dengan saya dan penduduk kampung serta tidak menunjukkan perbuatan pelik.

“Pada hari sama kira-kira jam 7 malam, saya ada mendengar dua kali mngsa menjerit dan saya tidak ambil pusing dan menganggap mungkin kerana mngsa bosan,” katanya.

Katanya, beberapa minit selepas itu, dia ternampak mngsa keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.

“Sejak dari itu, saya tidak lagi melihat dia dan ketiadaan mngsa sepanjang tiga hari menimbulkan rungutan daripada kawannya.

“Pada Sabtu, saya dan pelanggan kedai terhidu bau busuk dan kami semua sangka bau itu adalah smpah atau bngkai binatang di kawasan semak,” katanya.

Katanya, pagi ini, dia mengambil keputusan memeriksa di sekitar kawasan kedai sebelum mendapati air mengalir begitu banyak dari rumah mngsa.

“Saya ingat mngsa lupa menutup paip dan saya bersama rakan, Mohd Redzuan Mohd Zain, 44, pergi ke rumahnya. Selepas sahutan tidak dijawab, kami mengintai di celah tingkap sebelum mendapati mngsa sudah meninggaI dunia.

“Saya buka pintu depan rumahnya yang tidak berkunci dan ketika itu kami dapati bau myat sangat kuat sebelum segera menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, siasatan mendapati mngsa yang bekerja sebagai buruh di kilang kayu di Bukit Besi dipercayai meninggaI sejak beberapa hari lalu.

“Keluarga mngsa sudah dihubungi dan myat dibawa ke Bilik F0rensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jnayah dan kes diklasifikasikan sebagai ‘mati mengejut’,” katanya.

Salam takziah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "’Air Bertakung Bongkar Penemuan Myat’ Abg Anuar Ditemui Selepas 3 Hari MeninggaI Dalam Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*