[VIDEO] Tont0n PDRM Guna ‘DR0N’ Untuk Bantu Pantau KesaIahan Dan Lancarkan Aliran Trafik Sempena Raya

Sempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, jutaan kenderaan telah membanjiri lebuh raya Malaysia dan pasukan PDRM telah melaksanakan pemantauan dari udara menggunakan dr0n menerusi Unit Dr0n Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman di beberapa lokasi tumpuan kesesakan aliran trafik.

Menerusi Operasi Selamat 18 (Op Selamat 18), tinjauan udara di tiga lokasi utama meliputi sektor utara, selatan dan timur bagi memantau kesesakan lebuh raya untuk tindakan penyuraian aliran trafik serta mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan memot0ng barisan, menggunakan lorong kcemasan dan meIanggar lampu isyarat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pelaksanaan tugas Unit Dr0n ini diatur gerak bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, dalam Op Selamat.

“Teknologi dr0n memberikan impak positif dalam JSPT memantau secara ‘real time’ untuk mengambil tindakan segera terutamanya jika berlaku sebarang halangan di lebuh raya yang merisik0kan pengguna jalan raya lain.

“Maklumat hasil pemantauan oleh Unit Dron membolehkan elemen PDRM khususnya JSPT dapat digerakkan di lapangan bagi memastikan beban aliran trafik dikurangkan,” terang beliau.

Sebelum pandemik C0VID-19, pemantauan kesesakan semasa musim perayaan oleh JSPT sering dibantu oleh PGU menggunakan helikopter. Namun pada masa ini, PDRM memberikan nilai tambah dalam pelaksanaan tugasnya iaitu menggunakan Unit Dr0n demi keselamatan semua masyarakat di negara ini.

Dengan penggunaan dr0n pada hari ini, ia dapat membantu memberikan input kepada pegawai dan anggota PDRM di bawah (daratan), bukan sahaja dapat mengambil tindakan kepada mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas, namun setiap kesalahan dikesan dari udara akan segera dimaklumkan kepada semua pasukan PDRM yang paling terdekat di darat.

VIDEO 1:

Semasa OP Selamat 18 berlangsung, beberapa kenderaan telah dikenalpasti dan dikenakan kompaun saman kerana menggunakan lorong kcemasan. Manakala OP Motosikal juga dilakukan kerana kumpulan ini didapati menyumbang kepada kadar kemaIangan yang tinggi.

Dr0n yang digunakan oleh JSPT dikendalikan oleh seorang pegawai dan dua anggota dari Unit Dr0n Pasukan Gerakan Udara (PGU).

VIDEO 2:

JSPT akan meneruskan kerjasama dengan Unit Dr0n dalam usaha PDRM memastikan keselesaan buat pengguna jalan raya dan memastikan kelancaran trafik. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, Facebook JSPT & PDRM Drone Unit

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Tont0n PDRM Guna ‘DR0N’ Untuk Bantu Pantau KesaIahan Dan Lancarkan Aliran Trafik Sempena Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*