[VIDEO] ‘Hari Raya Yang Menyedihkan’ – Wanita Ini Sedih Baju Raya RM20K Rosak Terkena Kuah Sate

Hari Raya Aidilfitri tetap diraikan dengan meriah semalam walaupun persiapan dibuat secara ‘last minute’ dan boleh dikatakan ramai yang ‘kalut’ di malam Raya. Setakat hari ini, bagaimana sambutan Hari Raya anda?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @farahwen telah memuat naik sebuah video yang memaparkan ‘tragedi Raya’ yang berlaku kepadanya iaitu baju raya miliknya tertumpah kuah sate.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Menerusi perk0ngsian tersebut, Farah mengatakan bahawa dirinya tidak sempat bergambar bersama keluarga dengan busana itu dan kesan kuah sate tidak akan hilang pada busana sutera itu.

Tambahnya, busana yang dipakainya berharga RM20,000 dan hal ini menyebabkan Farah berasa sedih. Perk0ngsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi.

Para warganet memberikan beberapa cadangan untuk Farah membersihkan kesan kuah sate itu dan juga mengatakan tidak wajar untuk dirinya mendedahkan harga busananya seperti itu.

Malah, rata-rata warganet juga berseloroh mengatakan bahawa jika bukan disebabkan kuah sate, pasti ramai tidak tahu harga harga baju tersebut. Para warganet turut mengatakan bahawa rugi beli pakaian yang mahal tetapi hanya boleh dipakai sekejap sahaja.

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Sumber & video dipetik dari The V0cket, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Hari Raya Yang Menyedihkan’ – Wanita Ini Sedih Baju Raya RM20K Rosak Terkena Kuah Sate"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*