Kes C0VID-19 Dijangka Akan Kembali Meningkat Selepas Hari Raya – DG Hisham

Perkara yang lama dinantikan umat Islam seluruh Malaysia, akhirnya tahun ini menjadi saksi apabila orang ramai berpeluang beraya pada 2 Mei 2022. Meskipun disambut dengan sedikit ‘panik’ berikutan pengumuman yang dibuat, namun sambutan Hari Raya pada tahun ini tetap disambut dengan penuh meriah.

Dalam pada itu, di sebalik sambutan perayaan yang disambut bersama keluarga dan rakan-rakan, orang ramai diingatkan untuk menjaga diri dan keluarga dalam mengurangkan risik0 pnyebaran wabak C0VID-19.

Menurut perk0ngsian terbaru Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, beliau menjangkakan kes C0VID-19 dijangka akan kembali meningkat selepas sambutan Hari Raya. Dalam pada itu, kes yang bakal meningkat itu berkemungkinan besar daripada kategori 1 dan 2 sahaja.

Sebagai rekod, sepanjang dua bulan terakhir ini, kes C0VID-19 di Malaysia daripada kategori 1 dan 2 merangkumi 99.5% manakala psakit C0VID-19 yang dimasukkan ke ICU telah menurun dengan mendadak. Selain itu, kes kematian serta yang memerlukan bantuan pernafasan juga menurun.

Dari segi peratusan vaksinasi, Malaysia merekodkan jumlah lengkap dua dos vaksin C0VID-19 sebanyak 99% dan 92% bagi remaja manakala peratusan individu yang menerima dos penggalak sudah mencapai 70%. Semalam Malaysia turut merekodkan angka kes yang rendah berbanding bulan-bulan sebelumnya iaitu serendah 1,352 kes. – Sumber dipetik dari The V0cket

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Kes C0VID-19 Dijangka Akan Kembali Meningkat Selepas Hari Raya – DG Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*