Pernah Jaga Ketika Hidap BipoIar, Faizal Tahir Dedah Keperibadian Yasin Sulaiman

Penyanyi, komposer dan pencipta lagu, Faizal Tahir mendedahkan sahabatnya, Yasin Sulaiman adalah antara individu yang banyak mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik.

Pelantun lagu Sampai Syurga ini memberitahu dia banyak belajar mengenai kehidupan sebenar daripada Yasin, terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan al-Quran.

“Banyak yang saya belajar daripada Yasin Sulaiman sepanjang kami bersahabat. Saya belajar tentang al-Quran, tadabbur dan hal yang berkaitan dengan kehidupan.

“Apa yang boleh saya katakan, dia merupakan antara manusia yang banyak mengubah saya ke arah kebaikan.

“Ini bukan kerana bias, kalau saya boleh senarai orang-orang yang mengubah hidup saya menjadi lebih baik, Yasin mungkin di top 3,” katanya.

Faizal turut meluahkan rasa sedih atas nasib yang menimpa sahabat baiknya itu.

“Beberapa hari sebelum dia ditahan, saya memang berniat nak jumpa dengan dia. Sebab sudah hampir setahun lebih tidak bersua muka. Malangnya, hasrat hati saya tidak kesampaian,

“Saya cuba berhubung dengan dia tetapi tak dapat. Saya cuba hubungi peguamnya juga tidak berjaya, barangkali sibuk. Saya faham, waktu sebegini memang dia memerlukan sok0ngan dan rakan-rakan.

“Bila jadi macam ni sedihlah.. Lillahitaala, dia merupakan manusia paling baik yang pernah jumpa. Dia sangat suka memberi.

“Hati dia bersih dia tak pernah buruk sangka dan dia sangat suka tolong orang. Kalau orang tengok saya macam ni yang saya dah lain, nama yang saya akan naikkan adalah nama Yasin.

Bercerita mengenai pnyakit Bip0lar yang dihadapi Yasin, Faizal memberitahu dia pernah menjaganya ketika Yasin mengalami simpt0m bip0lar pada tahun 2013.

“Saya pernah menjaga dia sewaktu dia mengalami bip0lar sekitar tahun 2013. Dia tanpa segan silu berkongsi mengenai perkara tersebut.

“Nak kata susah untuk menjaga itu tidak tapi saya banyak belajar perkara baru. Ia pengalaman berharga buat saya. Saya sangat sayang pada dia.

“Personalitinya akan berubah-ubah, jadi, saya kena banyak bersabar. Kalau tiba-tiba kena marah atau mood baik tiba-tiba bertukar, itu biasa. Hampir tiga bulan juga saya menjaga dia,” ujarnya.

Tambah Faizal, huk0man yang diberikan kepada Yasin dirasakan tidak masuk akal.

“Huk0man yang dia terima itu tak masuk akal pada saya. Kalau kita nak buat apa-apa pun, biarlah kita tengok latar belakang seseorang itu, dan kenapa dia buat perkara berkenaan, dan apakah perkara lain yang dia lakukan memberi impak kepada orang lain.

Terdahulu, Yasin Sulaiman, 47, ditahan atas kesaIahan menanam 17 ‘pokok ganja’ di halaman rumahnya di Damansara pada 24 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Ada Ladang Mini! Artis Nasyid Ditahan Miliki 17 Pasu Pokok ‘Ganja’

Artikel Berkaitan: “Bila-Bila Masa Saya Boleh Jadi GiIa” – Hidap BipoIar Serius, Yasin Sulaiman Merayu Diberi Peluang

Artikel Berkaitan: “Yasin Sulaiman Perlukan Rawatan, Bukan Huk0man…” – Wardina Safiyyah

Artikel Berkaitan: “Saya Moh0n Maaf, Apa Yang Berlaku Padanya Adalah Tangisan Minta Bantuan”- Syed Saddiq Anggap Yasin Adalah Pesakit Bukan Penjnayah!

Artikel Berkaitan: “Setiap Kali Datang, Dia Berkongsi Perkara Baik” Yasin Sulaiman Jadi Imam Di Penjara Dan Ajar Banduan Mengaji

Berikutan itu, Yasin didkwa mengikut Seksyen 6B (1)(a) Akta Ddah Berbhaya 1952 yang boleh dihuk0m dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Kesksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebaran tidak kurang enam kali, jika sabit kesaIahan. – Sumber dipetik dari Xtra, Gempak, Media Hiburan

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Pernah Jaga Ketika Hidap BipoIar, Faizal Tahir Dedah Keperibadian Yasin Sulaiman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*