“Setiap Kali Datang, Dia Berkongsi Perkara Baik” Yasin Sulaiman Jadi Imam Di Penjara Dan Ajar Banduan Mengaji

Abang kepada penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman memaklumkan bahawa adiknya kini berada dalam keadaan baik selepas dia dan ayahnya melawat penyanyi itu pada minggu lepas.

Malah Zain dan ahli keluarga lain turut bergilir-gilir melawat Yasin yang kini ditempatkan di penjara Sungai Buloh.

“Alhamdulillah dia dalam keadaan baik. Minggu lepas saya dan ayah pergi melawat dia di penjara. insya Allah pada hari raya ini pun cuba melawat lagi.

“Dia gembira kerana dapat berjumpa keluarga. Semangat dia positif. Dia tak boleh tekanan, itu yang kami risau sebab dia ada bipolar. Harap dia terus ambil ubat dan dia stabil di sana.

“Dia juga beritahu dia diberi layanan baik oleh kakitangan dan banduan lain di sana,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Yasin difahamkan turut menjadi imam bagi solat lima waktu, tarawih dan turut mengajar banduan lain mengaji.

“Dia banyak lakukan aktiviti yang membuatkan dirinya sentiasa positif. Selain menjadi imam sembahyang, dia turut mengajar banduan lain mengaji. Setiap kali keluarga datang melawat, dia berk0ngsi perkara baik,” jelasnya.

Tegas Zain lagi, dia akan mengusahakan agar dua anak Yasin iaitu Sameer, 18, dan Malaika, 14, melawat bapa mereka.

“Untuk anak Yasin dibawa melawat, insya-Allah saya akan uruskan dalam masa terdekat. Mereka tahu keadaan ayah mereka. Kami sekeluarga sentiasa mengemaskini keadaan Yasin pada mereka.

“Mereka juga sentiasa kirimkan pesanan untuk Yasin. Begitu juga Yasin, yang mana baru-baru ini sampaikan nasihat supaya anak-anak terus tabah dan berjanji akan pulang ke pangkuan mereka,” katanya.

Terdahulu, pihak keluarga Yasin telah melancarkan tabung bantuan bagi membiayai kos khidmat guaman bagi pembelaan Yasin. – Sumber dipetik dari Xtra, Harian Metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "“Setiap Kali Datang, Dia Berkongsi Perkara Baik” Yasin Sulaiman Jadi Imam Di Penjara Dan Ajar Banduan Mengaji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*