‘Tenang Sangat Wajah Abang..’ Anak Tak Sempat Sambut Raya, MeninggaI Akibat ‘Serangan’ Jantung

Sepasang baju Melayu biru yang dibeli untuk dipakai anak lelaki ketika Aidilfitri yang bakal menjelang hanya mampu ditatap seorang ibu apabila anaknya itu meninggaI dunia secara mengejut ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.

Pemergian anak sulung daripada dua beradik yang berusia sembilan tahun, Muhammad Rizqi Naufal Mohd Shakir ternyata meninggaIkan kesan amat mendalam buat ibunya, Siti Fatimah Jaafar, 32, kerana arwh langsung tidak menunjukkan dia menghidap sebarang pnyakit sebelum itu.

Menurut Siti Fatimah, arwh anaknya itu dikesan hanya mengalami demam petang Isnin lalu sebelum dia membawanya mengambil ubat keesokannya.

“Selepas mengambil ubat, keadaan arwh dilihat beransur baik namun menjelang petang Selasa anak mula dilihat tidak bermaya namun dia enggan pergi ke hspital kerana tkut doktor tidak akan membenarkannya pulang.

“Bagaimanapun, melihatkan keadaannya yang semakin lemah arwh terpaksa juga dikejarkan ke hospital dan keadaannya bertambah teruk jam 12 tengah malam sehingga drahnya terpksa diambil dan ujian imbasan x-ray dilakukan terhadapnya.

“Ketika itu, arwh masih boleh berbual dengan saya sebelum dia pngsan dan kembali sedar tidak lama kemudian selepas dicucuk ubat. Sebaik tersedar, arwh terus meminta air kepada saya dan pada 7 pagi Rabu dia sekali lagi tldak sedarkan diri sehinggalah doktor memaklumkan anak sudah meninggaI dunia dua jam kemudian,” katanya.

Menurutnya, dia berada di samping arwh sehingga anaknya itu menghembuskan nafas terakhir dan melihat bagaimana kakitangan hospital bertungkus lumus menyelamatkan nyawa anaknya itu dengan memberikan bantuan pernafasan.

“Bagaimanapun, Allah SWT lebih menyayangi dia dan saya redha dengan pemergiannya yang meninggaIkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.

“Memang terasa sunyi malah adik perempuannya yang berusia lima tahun menangis kerana mencari abangnya itu selepas bangun tidur pagi tadi,” katanya.

Katanya, dia dimaklumkan pihak hospital yang arwh anaknya itu terkena ‘serangan jantung’ selain turut mengalami masalah ker0sakan hati dan buah pinggang.

“Saya dimaklumkan arwh terkena ‘serangan jantung’ ketika dia k0ma namun sehingga kini masih menunggu laporan lengkap yang menyebabkan kmatian anak.

“Empat hari lalu saya sempat membelikan baju Melayu buat arwh dan dia sendiri memilih warna pakaian yang mahu dipakainya ketika hari raya nanti namun semua itu hanya tinggaI kenangan,” katanya.

Jnazah Muhammad Rizqi Naufal selamat dikebumikan di Tanah Perkburan Islam Kampung Teluk Wang Besar, Tikam Batu dekat sini jam 6 petang kelmarin.

Salam takziah buat keluarga, moga tabah hadapi dugaan. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Tenang Sangat Wajah Abang..’ Anak Tak Sempat Sambut Raya, MeninggaI Akibat ‘Serangan’ Jantung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*