” LuIuh Hati Ini.. Tiada Lagi Naim, Penghibur Hati Selepas KehiIangan Suami” – Nenek

“Kesedihan kehilangan suami masih belum terubat dan hari ini sekali lagi saya diuji dengan kehilangan cucu tersayang,” kata Rosnah Abu Bakar, nenek kepada Allahyarham Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, yang terk0rban dalam kemaIangan di Kilometer 246, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, tengah malam tadi.

Artikel Berkaitan: ‘Sahabat Hingga Akhir Hayat..’ 5 Pelajar USAS Rentung ‘Nahas’ Terowong Menora

Rosnah, 65, berkata, dia menerima berita kemaIangan yang menimpa cucunya itu daripada ibu Ahmad Naim, Shamila Abdullah, 44, kira-kira jam 4 pagi.

“Saya rasa pelik bila Shamila telefon saya di awal pagi dan beritahu Naim meninggaI kemaIangan di Perak sebelum dia menangis sekuat hati.

“Luluh hati saya terima berita menyedihkan ini namun saya redha dengan apa yang disuratkan Ilahi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penunjuk Kijal Kemaman, petang tadi.

Dia berkata, Allahyrham adalah cucu sulung antara sembilan cucunya dan paling rapat.

“Arwh suami, Abdullah Sulong, 75, meninggaI pada 12 Disember tahun lalu. Sejak kmatian suami, Ahmad Naim jadi tempat saya mengadu dan penghibur saya,” katanya.

Rosnah berkata, sempena cuti Aidilfitri lalu, arwh kerap melawatnya dan sempat tidur selama dua malam di rumahnya.

“Saya banyak bercerita kisah arwh datuknya dan arwh (Ahmad Naim) ada berjanji selepas peperiksaan Jun nanti, dia akan menemankan saya selama dia bercuti.

“Kini semuanya itu menjadi kenangan biarpun saya tidak sangka cucu kesayangan akan pergi menghadap IIahi lebih awal daripada saya,” katanya.

Sementara itu, adik arwh, Ahmad Naqiu Najmi, 14, berkata, arwh abangnya itu kerap menghubungi ibu dan malam tadi adalah kali terakhir mereka berhubung.

“Arwh abang hubungi ibu malam tadi memaklumkan dia ke Ipoh bersama rakan untuk bersiar sambil membeli buku,” katanya.

Katanya, ketika pulang beraya selama lima hari, arwh seperti biasa menasihati adik beradik supaya belajar bersungguh-sungguh.

Katanya, jnazah abangnya itu akan dikebumikan bersebelahan kubur datuk di Kampung Kijal.

Salam takziah buat keluarga, moga tabah dan kuat. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "” LuIuh Hati Ini.. Tiada Lagi Naim, Penghibur Hati Selepas KehiIangan Suami” – Nenek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*