‘Sahabat Hingga Akhir Hayat..’ 5 Pelajar USAS Rentung ‘Nahas’ Terowong Menora

Lima individu yang rentung dalam kemaIangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.

Mereka adalah:

(1) Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta

(2) Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan

(3) Iqbal Hasnun Halimi, 23,

(4) Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19,

(5) Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi mengesahkan kelima-lima mngsa merupakan penuntut universiti berkenaan.

Menurutnya, dua daripada mngsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.

“Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.

“Kita juga telah maklumkan mengenai kejadian ini kepada waris untuk mereka hadir ke hospital bagi proses pengecaman.

“Kita akan cuba bantu apa yang diperlukan oleh waris, bagi memudahkan urusan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar 12.52 malam itu, semua mngsa trprangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler.

Salam takziah buat keluarga. Moga tabah hadapi dugaan. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, Sinar Harian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Sahabat Hingga Akhir Hayat..’ 5 Pelajar USAS Rentung ‘Nahas’ Terowong Menora"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*