‘Kini Hero Mama TinggaI 6..’ Haziq MeninggaI ‘Rempuh’ Lori Berhenti Tepi LPT 2

Seorang tukang masak terk0rban selepas motosikal Yamaha 135LC dinaikinya ‘merempuh’ sebuah lori yang berhenti tanpa sebab di laluan kiri Kilometer (KM) 335.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka.

Dalam kejadian pada jam 12.10 tengah malam itu, mngsa, Muhammad Haziq Abdul Halim, 21, meninggaI dunia akibat kcederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori membawa muatan daging sejuk beku itu telah memberhentikan kenderaannya di lebuh raya tersebut kerana tertidur.

Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun berkenaan dikatakan hanya tersedar daripada tidur apabila belakang lorinya dirempuh motosikal ditunggangi Muhammad Haziq.

“Dia yang panik telah memecut lorinya namun dikejar salah seorang saksi kejadian sebelum dapat ditahan berhampiran Plaza Tol Bukit Besi kira-kira 40 kilometer dari lokasi kejadian.

“Saksi berusia 36 tahun kemudiannya telah menyerahkan pemandu lori tersebut kepada pihak polis,” katanya di sini hari ini.

Salam takziah buat keluarga moga tabah hadapi dugaan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Alfatihah. – Sumber dipetik dari K! Online

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Kini Hero Mama TinggaI 6..’ Haziq MeninggaI ‘Rempuh’ Lori Berhenti Tepi LPT 2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*