Kelulusan PenyembeIihan Daging Import Syarikat Australia Digantung Serta-Merta

Susulan kes penyembeIihan daging import dari Australia yang tuIar baru-baru ini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan bahawa pihaknya telah menggantung kelulusan penyembeIihan dari syarikat penyembeIihan yang diberikan kepada Thomas Foods International Lobethal.

Artikel Berkaitan: Kambing Dilemaskan & PenyembeIih Minum Arak, Saksi Dedah Proses SembeIih Daging Import Dari Australia Haram

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, keputusan itu dibuat hasil sidang khas antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), JAKIM bersama pihak berkuasa Australia iaitu Department of Agriculture, Water And The Environment (DAWE).

“JAKIM telah menjalankan siasatan ke atas loji sembeIihan berkenaan dan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkuasa Australia,” katanya.

Perkara ini menjadi perhatian selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pekemas dan Sahabat 99 mendedahkan peIanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembeIihan halal oleh syarikat di Australia.

Ia termasuklah pendedahan bukti berupa video, gambar serta keterangan saksi yang bekerja di syarikat terbabit.

Tegasnya lagi, badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan status halal ke atas loji sembeIihan, Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (Sichma) juga berkemungkinan dibatalkan status kelulusan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf JAKIM sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan SOP halal Malaysia. – Sumber dipetik dari Xtra, Bernama

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Kelulusan PenyembeIihan Daging Import Syarikat Australia Digantung Serta-Merta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*