’Hanya 16 Tahun Allah Pinjamkan Aman..’ lbu Redha Anak MeninggaI Ketika Latihan Rentas Desa

“Saya redha apabila Allah hanya meminjamkan anak selama 16 tahun sebelum dia pergi semalam ketika menjalani latihan merentas desa,” kata Harzul Azliana Harun, 42.

Artikel Berkaitan: ‘Selamat Jalan Anakku..’ Pelajar Tingkatan 4 MeninggaI Ketika Merentas Desa

Hazrul Azliana adalah ibu kepada pelajar Tingkatan Empat, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, yang meninggaI dunia ketika menjalani latihan merentas desa di persimpangan Kampung Asing, Marang semalam.

Artikel Berkaitan: 10 KronoIogi Kejadian Kes Remaja Tingkatan 4 ‘Maut’ Semasa Merentas Desa

Hazrul Azliana berkata, arwh yang juga anak sulung daripada dua beradik adalah seorang anak yang baik dan disenangi semua.

“Dia seorang yang mudah dan tidak cerewet, apabila tiba-tiba jadi begini memang kami semua terkejut apatah lagi dia tidak mempunyai sebarang pnyakit, malah pada pagi kejadian pun, arwh dalam keadaan baik.

“Sebagai ibu, saya masih beIum puas bersamanya apatah lagi ia berlaku ketika kita masih bergembira menyambut Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Perpat di sini, hari ini.

Harzul Azliana berkata, dia menerima panggilan daripada suaminya kira-kira jam 8.45 pagi memaklumkan kejadian menimpa anak mereka sebelum bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan.

“Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Terengganu dan sebaik tiba di sana, arwh anak memang sudah tidak sedarkan diri.

“Tak lama kemudian, doktor yang bertugas memaklumkan anak sudah tlada dan saya redha dengan dugaan diberikan ini.

“Saya pernah menunaikan umrah bersama suami pada 2015 dan arwh pernah bercakap mahu ke sana dan memang ada perancangan pada tahun ini, tetapi sedih sebab hajat arwh tidak kesampaian,” katanya.

Jnazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkburan Islam Kampung Bukit Perpat selepas solat Asar semalam.

Salam takziah buat keluarga. Moga tabah hadapi dugaan. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, BH

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "’Hanya 16 Tahun Allah Pinjamkan Aman..’ lbu Redha Anak MeninggaI Ketika Latihan Rentas Desa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*