Duit Tiba-Tiba Hilang Dalam Akaun Bank, Ini Caranya Untuk Dapatkan Semula Wang Anda

Pasti anda pernah dengar beberapa kes duit hilang dalam akaun bank, bukan? Jika terjadi kepada anda, mesti anda akan berasa panik dan tidak tahu mahu buat apa serta rasa sedih.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @anissurayaaa telah berk0ngsi cara untuk anda dapatkan semula duit yang hilang dalam akaun bank. Apa yang penting jangan panik dan jom ikuti cara yang dik0ngsi.

1. Hubungi nombor di belakang kad bank

Anda dinasihatkan untuk terus hubungi nombor yang ada di belakang kad bank dan maklumkan bahawa ada transaksi tidak diketahui. Kebiasaannya pihak khidmat pelanggan akan kata pihak bank akan jalankan siasatan dan sekat kad bank.

2. Tangkap layar segala transaksi

Pastikan anda tangkap layar kesemua transaksi dan highlight transaksi yang tidak diketahui agar memudahkan siasatan.

3. Muat turun ‘Dispute Form’

Anda cari sahaja di Google ‘dispute form’, kemudian muat turun dan isi. Untuk makluman, pihak khidmat pelanggan tidak akan sebut tentang hal ini.

4. Hantar ‘dispute form’ melalui e-mel

Anda hantar borang tadi bersama dengan tangkap layar transaksi kepada bank (disputemgmt@maybank.com.my / cfrm@maybank.com.my) dan cc kepada Bank Negara Malaysia (bnmtelelink@bnm.gov.my).

5. Buat kad baru

Kemudian, anda boleh ke cawangan bank berdekatan untuk membuat kad baru.

6. Tunggu duit masuk

Selepas membuat kesemua langkah-langkah di atas, anda hanya perlu tunggu emel balas dan juga tunggu duit masuk ke akaun bank anda.

Semoga perk0ngsian ini akan membantu anda jika tiba-tiba wang dalam akaun bank anda hilang. Hanya perlu ikuti semua langkah-langkah yang telah dik0ngsi ini. – Sumber dipetik dari The V0cket, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Duit Tiba-Tiba Hilang Dalam Akaun Bank, Ini Caranya Untuk Dapatkan Semula Wang Anda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*