‘Ayah Sayang Adik..’ Anak 4 Tahun MeninggaI, lsteri Dan Anak Sulung ‘Parah’ Dihentam TreIer

Seorang kanak-kanak perempuan  adik Faqihah terk0rban manakala ibu serta kakaknya cdera selepas terbabit dalam kemaIangan dengan sebuah treler di Kilometer 54.1 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Pek, Machang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, pada kejadian 7.30 malam itu, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggaI dunia di lokasi kejadian akibat kcederaan prah yang dialami di badan.

Katanya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, treIer yang dipandu lelaki berusia 44 tahun membawa muatan kereta dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu treler itu menekan brek secara perlahan, namun bahagian ‘ekor’ treler menghentam ‘kepala’ treler itu sehingga menyebabkannya terbabas masuk ke laluan bertentangan dan pada ketika itu keadaan hujan serta jalan basah.

“Dalam masa, sebuah Perodua Bezza yang dipandu seorang wanita berusia 33 tahun dan dinaiki bersama dua anak perempuannya yang berusia empat dan enam tahun, dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai, diIanggar dan diheret oleh treIer berkenaan ke sebelah kiri jalan.

“Akibat pertembungan itu, pemandu kereta dan anaknya yang berusia enam tahun mengalami kcederaan, namun seorang lagi anaknya disahkan meninggaI dunia di lokasi kejadian manakala pemandu treler pula tidak mengalami kcederaan.

“Mngsa yang mengalami kcederaan di hantar ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, punca kemaIangan yang berlaku disebabkan kecuaian pemandu treler yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu menyebabkan ia terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah Perodua Bezza.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Salam takziah buat keluarga Encik Fakru Mijie dan isteri atas kehilangan anak tersayang. Moga isteri dan anak sulungnya cepat sembuh. Alfatihah buat adik Faqihah anak syurga. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Ayah Sayang Adik..’ Anak 4 Tahun MeninggaI, lsteri Dan Anak Sulung ‘Parah’ Dihentam TreIer"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*