[VIDEO] “Saya Akan Bakar Rumah Jadi Arang…” – Pesara Terkej0t Rumah Dan Kereta Disimbah Cat Merah

Seorang pesara tentera, Md Deris Salleh, 69, memaklumkan bahawa rumah dan kereta menantunya telah disimbah cat merah oleh individu yang tidak dikenali.

Md Deris mengesyaki perbuatan tersebut adalah daripada ah long tetapi tersalah alamat dan ia berlaku pada awal pagi Jumaat di Lorong Haji Ariffin, Batu 7, Tanjung Kling, Melaka.

Kejadian ini disedari oleh isterinya, Jamilah Baba, 62, saat bangun awal pagi untuk menyediakan juadah bagi mereka sekeluarga untuk bersahur pada pukul 4.30 pagi.

Menurut Jamilah, ketika membuka pintu rumah dan lampu luar dia ternampak kesan berwarna merah dihadapan rumah sebelum memaklumkan kepada suaminya.

“Saya syak ini angkara ah long tersalah alamat kerana saya tidak pernah pinjam atau berhutang dengan mana-mana ceti haram.

“Apabila menantu saya Mohamad Faizal Mohamad Yusoff, 32, memeriksa dia trkejut mendapati bahagian sisi kanan Proton Persona miliknya disimbah cat merah. Bahagian depan beranda rumah dan kereta Proton Saga anak saya turut terkena cat itu.

“Selain itu, terdapat kertas yang mengandungi tulisan Cina beserta nombor telefon luar negara atas nama ‘Mikey Keat’ ditinggalkan di pagar rumah.” ujarnya kepada Harian Metro.

Md Deris memberitahu bahawa tulisan yang terdapat di kertas tersebut berbaur ug0tan untuk membakar rumahnya.

“Anak saya ada menyemak maksud tulisan Cina itu di internet ia bermaksud ‘Kalau tak reply saya lagi, saya akan bakar rumah awak jadi arang!’

Walaubagaimanapun, anak perempuan Md Deris ada menghubungi nombor tersebut melalui aplikasi WhatsApp bagi memaklumkan yang individu tersebut telah salah alamat dan meminta ganti rugi, namun tidak mendapat apa-apa respons.

Ambil langkah selamat, Md Deris telah membuat laporan polis di Balai Polis, Tanjung Kling.

Hal ini kerana dia amat trkejut dan bimbang akan keselamatan keluarganya walaupun dia mengatakan tidak pernah bermus0han dengan sesiapa di kampung itu.

VIDEO:

Apapun, dia mengatakan sebelum kejadian tersebut tiada perkara aneh yang berlaku malah mereka sekeluarga bersyukur tidak diapa-apakan oleh individu tersebut selain cat merah itu jenis cat kapur dan agak mudah untuk dibersihkan. – Sumber & video dipetik dari Xtra, H.Metro, Youtube Metro TV

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “Saya Akan Bakar Rumah Jadi Arang…” – Pesara Terkej0t Rumah Dan Kereta Disimbah Cat Merah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*