‘Badan Masih Membengkak..’Virus Sudah Takde, Jantung Ayra Pula BermasaIah – Amyra RosIi

Pelakon berbakat besar, Amyra Rosli terus berdepan ujian apabila anak keduanya, Ayra Aryssa, 2, disahkan mengalami masalah jntung selepas dijngkiti virus Kawasaki lebih seminggu lalu.

Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 30, memaklumkan, Ayra Aryssa terpaksa menjalani rawatan intensif termasuk diberi sejumlah besar ubat-ubatan untuk membantu badannya pulih seperti sedia kala.

“Doktor memaklumkan virus tersebut sudah tidak ada dalam badan Ayra. Bacaan drah juga sudah stabil. Cuma sekarang ini, jantungnya terkesan dan mula berair kerana saluran drah mengembang.

“Dia juga masih demam, suhu badan kadangkala mencecah sehingga 39 darjah Celsius. Badan masih membngkak dan tak boleh berjalan. Memang fizikalnya berubah, tidak kurus seperti sebelum ini.

“Setiap hari dia diberikan ubat-ubatan. Ada lebih kurang dalam 10 biji kesemuanya. Badannya belum mampu pulih sendiri. Saya tak sanggup tengok dia menangis ksakitan, sampai tak berair mata. Tetapi doktor kata itu sahaja prosedur yang perlu dilakukan untuk kesembuhannya,” luahnya kepada Utusan Malaysia.

Pada 6 April lalu, Ayra Aryssa dibawa ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur selepas demam panas dengan suhu badan mencecah 41 darjah Celsius.

Artikel Berkaitan: ‘Moh0n Doakan Ayra..’ Anak PeIakon Amar Baharin & Amyra Rosli Dijngkiti Pnyakit Kawasaki

Kemudian, pada 10 April lalu, Amyra dan suami, Amar Baharin bergegas ke hospital apabila dimaklumkan bacaan oksigen anak mereka itu secara tiba-tiba menurun.

Artikel Berkaitan: ‘Berderau Darah Mommy..’ Paras Oksigen Anak Menurun, Amyra Rosli Dipanggil Segera Ke Hospital

Dalam pada itu, Amyra juga memaklumkan bahawa dktor mengesahkan bahawa Ayra Aryssa mengalami jngkitan luar biasa yang mengakibatkan dia terpaksa dirawat dengan cecair intravenous immune globulin (IVIG) dalam kadar yang tinggi.

“Doktor sahkan bukan jngkitan biasa. Ayra juga perlu dirawat dengan IVIG sehingga 16 botol. Saya kena tabah untuk melihat dia sembuh. Tutup mata, hari-hari drah dia diambil. Sebenarnya, memang tak sanggup. Tetapi saya kena akur.

“Saya terpksa lupakan waktu untuk rehat. Dalam keadaan sekarang, terlalu banyak untuk difikirkan. Dengan pindah rumah lagi. Penggambaran lagi.

“Tapi saya percaya, ujian yang Allah bagi ini dia sertakan dengan jalan yang dia mudahkan. Saya bersyukur. Sebelum Ayra sakit, saya sakit terlebih dahulu sampai tak mampu berjalan. Sekarang saya sembuh dan mampu jaga dia. Saya tak dapat bayangkan kalau saya dan Ayra sakit dalam waktu yang sama,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Amyra juga bersyukur kerana diberi kekuatan, selain menerima banyak doa dan kata-kata semangat daripada masyarakat yang prihatin dengan keadaan anaknya.

“Ya Allah. Ramai sangat yang mendoakan. Bukan sahaja yang berada di Malaysia, malah juga yang berada di Mekah. Saya rasa terharu. Tak tahu macam mana hendak balas jasa baik semua yang mendoakan. Saya sebak membaca doa-doa mereka.

“Saya kena kuat. Saya cakap pada Amar, tolong beri saya kekuatan. Saya sudah seminggu tak jumpa anak sulung kerana perlu berada di hospital.

“Apa pun saya letak kepercayaan kepada Allah SWT. Saya serahkan kepada doktor pakar yang merawat. Mungkin inilah jalannya, saya redha dan akur dengan ketentuan-Nya,” tambahya. – Sumber dipetik dari DB, UTUSAN

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Badan Masih Membengkak..’Virus Sudah Takde, Jantung Ayra Pula BermasaIah – Amyra RosIi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*