[VIDEO] ‘Anak Kita Bang, Allahuakhbar..’ Adik Aish Ditemukan Rentung Kebakaran Dua Buah Rumah

Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun ditemukan rentung, manakala lima cdera dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2, Kuantan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kcemasan pada 3.15 pagi.

Katanya, seramai 18 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, BBP Kuantan dan BBP Indera Mahkota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Empat jentera termasuk dua jentera FRT terbabit dalam operasi terbabit.

“Berdasarkan Iaporan, kebakaran membabitkan dua rumah jenis semi D separuh kekal, masing-masing hngus 100 peratus dan 90 peratus.

“Enam mngsa terbabit, masing-masing seorang kanak-kanak dua tahun ditemukan rentung, seorang lelaki dewasa meIecur 50 peratus dan seorang lelaki pula cdera ringan.

“Dua wanita dewasa dan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan turut cdera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran itu juga membabitkan tiga kenderaan terbakar iaitu satu kenderaan hangus, manakala dua kenderaan mengalami ker0sakan teruk.

“Setakat ini, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Salam takziah buat Puan Zila dan Encik Sofi atas kehilangan anak tercinta. Moga tabah hadapi ujian ini. Alfatihah buat anak syurga.

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Sumber & video dipetik dari DB, HM, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Anak Kita Bang, Allahuakhbar..’ Adik Aish Ditemukan Rentung Kebakaran Dua Buah Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*