Kuarantin Wajib 7 Hari Tidak Perlu Jika Tidak Positif Lagi

Tempoh kuarantin dikurangkan sekiranya individu tidak lagi positif C0VID-19 sebelum tempoh tujuh hari seperti yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, sebelum ini individu yang dijngkiti C0VID-19 wajib menjalani kuarantin selama tujuh hari.

Namun, jika kes sudah disahkan negatif pada hari keempat dan ujian RTK-Antigen telah dijalankan oleh pengamal perubatan, individu tersebut tidak perlu lagi meneruskan kuarantin mereka.

“Sekiranya masih positif, individu berkenaan perlu melengkapkan tempoh pengasingan tujuh hari,” katanya pada sidang media hari ini.

Tambah Khairy, ujian tersebut hendaklah menggunakan RTK-Antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sama ada secara fizikal atau maya.

“Keputusan ujian berkenaan hendaklah dimasukkan ke dalam sistem eC0VID oleh pengamal perubatan bagi memastikan integrasi data dengan aplikasi MySejahtera dapat berlaku dalam tempoh kurang daripada satu jam.

“Ini supaya individu berkenaan segera mendapat perintah pelepasan daripada pengasingan apabila keputusan ujian pengesanan tersebut negatif C0VID-19.

“Sekiranya individu itu tidak memilih untuk menjalani ujian pengesanan C0VID-19, maka pelepasan akan diberikan secara automatik selepas menjalani pengasingan selama tujuh hari,” ujarnya. – Sumber & foto Berita Harian, Astro Awani

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Kuarantin Wajib 7 Hari Tidak Perlu Jika Tidak Positif Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*