[VIDEO] Polis Jelaskan Tindakan Tahan Ambulans Adalah Untuk Elak Pertemb0ngan Dengan Konvoi

Baru-baru ini tuIar satu rakaman video di mana sebuah ambulans ditahan oleh dua anggota polis untuk memberikan laluan kepada konvoi VVIP. Rakaman video itu telah menyebabkan orang ramai ‘naik angin’ dengan kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ambulans Didkwa Terpaksa Berhenti, Polis Tampil Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Demi Lancarkan Laluan VIP, Ambulans Sekali Lagi Dilihat Terpaksa ‘Mengalah’

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bharu Utara (JBU), Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, tindakan tersebut sebenarnya bukan untuk memberikan laluan kepada konvoi, sebaliknya bagi mengelakkan pertemb0ngan antara dua kenderaan terbabit.

Kedua-dua anggota itu menjalankan penugasan kawalan lalu lintas sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru. Anggota terbabit ditugaskan membuat cut off/point duty di persempadanan daerah Johor Bahru Selatan – JBU dari Jalan Danga Bay menghala ke Skudai ketika kejadian.

“Anggota yang bertugas juga membuat penilaian dari setiap sudut keselamatan, pada masa yang sama konvoi berkenaan sudah melalui jalan utama yang berada 100 meter di hadapan lebih awal untuk ke lokasi.

“Sekiranya diberikan laluan hijau kepada ambulans yang datang dari susur jalan itu, ia akan memberi risik0 yang besar kepada konvoi dan ambulans terbabit.

“Selepas konvoi itu berlepas, anggota yang bertugas memberi laluan hijau kepada ambulans untuk meneruskan perjalanan. Durasi video menunjukkan penahanan ambulans oleh anggota itu sangat minimum iaitu sekitar 30 saat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, tindakan drastik dan strategik diambil anggota yang bertugas selepas membuat penilaian dari setiap sudut keselamatan kerana ia membabitkan beberapa faktor, antaranya jalan utama laluan konvoi adalah menurun bukit dan laluan ambulans adalah dari jalan susur.

“Malah konvoi itu melepasi laluan lebih awal dari ambulans dan penahanan ambulans berdurasi 30 saat sahaja adalah bagi mengelakkan risik0 pertemb0ngan antara konvoi dan ambulans berkenaan.

“Satu laporan polis dibuat berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Kesksaan,” terang Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid.

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan komen dan maklumat yang tidak benar serta tidak bertanggungjawab melalui kaedah tuIar di media sosial bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, lapor Utusan Malaysia. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Polis Jelaskan Tindakan Tahan Ambulans Adalah Untuk Elak Pertemb0ngan Dengan Konvoi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*