‘Tak Sempat Lihat Anak Sulung..’ Khairul K0rban Kedua Diremp0h Lori Bawah Jejambat PLUS

“Kami sepatutnya beli barang bayi hujung minggu ini, tak sangka dia pergi dahulu sebelum sempat lihat anak sulung,” kata Suriyana Abdul Razak, 26, isteri kepada saIah seorang penunggang motosikal yang ma.ut kemaIangan di Kilometer 92.8 Iebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Bed0ng, Kuala Muda kelmarin.

Menurut Suriyana, suaminya Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31, sangat teruja untuk menimang cahaya mata dan tidak sabar menunggu kelahiran anak sulung mereka walaupun kandungannya baharu berusia lima bulan.

Katanya, mereka mendirikan rumah tangga pada 17 Oktober lalu dan suaminya baharu sahaja bekerja sebagai pemandu lori di Bukit Minyak, Pulau Pinang, pada Selasa lalu.

“Dia baharu mula bekerja sebagai pemandu lori di Bukit Minyak awal bulan ini dan saya tinggal di rumah yang disediakan majikannya, namun dia akan pulang sekiranya tiada perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Selalunya dia balik menaiki kereta api, tetapi semalam dia berte gas mahu menunggang motosikal untuk balik ke Bukit Minyak kerana lebih senang dia balik ke kampung sekiranya ada kcemasan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus.

Dalam kejadian 2.40 petang itu, Khairul Azwan dan seorang lagi mngsa, Mohd Amirul Ismail, 28, meninggaI dunia di tempat kejadian akibat kcederaan prah di kepala selepas diremp0h sebuah lori ketika berteduh di bawah jejambat kerana hujan lebat.

Artikel Berkaitan: ‘Ya Allah B,Sayang Tak Kuat..’ Pengantin Baru, Amirul Diremp0h Ketika Berteduh Di Jejambat PLUS

“Tengah hari semalam dia jemput saya di pejabat dan kami pergi makan laksa bersama, dia beritahu akan pulang ke rumah semula hari ini selepas selesai kerja.

“Tetapi sekarang saya hanya tunggu jnazahnya sampai di rumah selepas bedah siasat selesai,” katanya yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di sini.

Sementara itu, ibu mngsa, Shukina Sharif, 56, berkata Khairul Azwan adalah anak yang bertanggungjawab dan menjadi pelindung keluarga.

“Seorang lagi mngsa yang meninggaI dunia Mohd Amirul, juga sepupu kepada anak saya, mereka tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini, namun ditakdirkan meninggaI dunia di tempat yang sama.

“Sebagai ibu, walaupun sedih saya tetap redha dengan pemergiannya,” katanya.

Shukina berkata jnazah akan dikebumikan di Kampung Kubang Siam selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Tak Sempat Lihat Anak Sulung..’ Khairul K0rban Kedua Diremp0h Lori Bawah Jejambat PLUS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*