[VIDEO] Brek Angin Lori ‘Bermasalah’ Didkwa Jadi Punca Kereta Mewah Rolls-Royce Tersepit

Kenderaan mewah berprestij sentiasa menitikberatkan kualiti setiap model kereta yang dikeluarkan dengan menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi. Jadi tidak terkej0tlah apabila melihat segelintir hartawan Malaysia membelanjakan sejumlah wang bernilai jutaan ringgit untuk memiliki kenderaan tersebut.

Baru-baru ini tuIar rakaman video dan gambar-gambar menunjukkan sebuah model Rolls-Royce Ghost terhimpit di antara dua buah lori treler. Bagaimanapun, pemilik kereta mewah tersebut dilihat mengambil beg silang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Difahamkan kejadian terbabit berlaku di kawasan Terowong Menora-Ipoh Utara (KM 264.0 arah Selatan) pada tengah hari semalam sehingga menyebabkan trafik sesak sejauh 7.5km dari arah Sungai Perak menuju ke Ipoh Utara.

Menerusi beberapa hantaran komen pada video TikTok yang sedang tuIar ketika ini, lori treler belakang berada di lorong kanan sekali kerana pemandu mahu memberhentikan kenderaan tersebut menggunakan pembahagi jalan ekoran terdapat masalah pada brek angin lori terbabit.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Bagaimanapun, lori treler tersebut ‘terpantul’ semula ke tengah jalan menyebabkan ia meremp0h belakang sebuah kereta Rolls-Royce sehingga terhimpit dengan lori lain yang berada dihadapannya.

Pada masa sama, warganet turut memuji ketahanan model Rolls-Royce Ghost tersebut kerana struktur lasak yang langsung tidak menjejaskan ruangan kabin penumpang telah menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang kereta tersebut.

VIDEO:

Ciri-ciri keselamatan yang baik antara faktor utama mengapa Rolls-Royce mampu menjual kenderaan mereka dengan harga bernilai mencecah antara lebih RM1 juta hingga RM3 juta dan menjadi kenderaan rasmi pilihan para VIP di seluruh dunia.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mytv

Be the first to comment on "[VIDEO] Brek Angin Lori ‘Bermasalah’ Didkwa Jadi Punca Kereta Mewah Rolls-Royce Tersepit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*