PeIakon Ezzaty Abdullah SeIamat BersaIin Anak Kedua

Tahniah diucapkan buat pelakon, Ezzaty Abdullah yang selamat menyambut kelahiran anak keduanya kira-kira jam 3.53 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dimaklumkan isteri kepada peIakon Azwan Kombos itu di Instagram, pagi tadi.

Bayi lelaki itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat rawatan di Rawang, Selangor dengan berat 2.95 kilogram.

“Alhamdulillah sudah ada sepasang. Ikutkan banyak persamaan kelahiran kali ini dengan anak sulung kami, Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.

“Berat kelahiran, doktor yang melakukan prosedur kelahiran serta cara ‘induce’ atau proses bersalin secara paksaan pun sama. Yang berbeza hanya rasa saja,” katanya.

Meski mengakui pengalaman dan proses bersalin kali ini mnyakitkan, bintang drama Maid ini bagaimanapun bersyukur kerana ia dipermudahkan.

“Kali ini jujur saya akui rasa macam nak tercab0t nyawa. Inilah pengalaman dan rasa beranak macam selalu saya dengar dan diceritakan.

“Tapi di sebalik semua itu, Allah permudah dan percepatkan proses kelahirannya. Jadi tak terlalu Iama saya harus menahan sak!t,” kata Ezzaty yang sudah mempunyai nama buat anak keduanya itu.

Untuk rekod, Azwan dan Ezzaty telah mendirikan rumah tangga pada 2016.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: DB, Instagram Ezzaty 

Be the first to comment on "PeIakon Ezzaty Abdullah SeIamat BersaIin Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*