Semak SOP Baharu Umrah 2022 Berkuatkuasa 14 Februari Ini

Mulai 14 Februari ini, kerajaan Malaysia telah menetapkan tiga Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu bagi jemaah yang ingin menjalankan aktiviti umrah.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, ketiga-tiga SOP itu termasuklah individu bertanggungjawab / person-in-charge (PIC) dari ejen pelancongan yang bertanggungjawab  memantau kepatuhan jemaah umrah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia.

Selain daripada itu, kerajaan juga turut mewajibkan pengambilan dos penggalak bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah.

Apabila selesai ibadah mengerjakan ibadah umrah, bagi jemaah yang ingin menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman masing-masing dibenarkan tanpa memoh0n kelulusan Home Quarantine Application (HQA).

Manakala bagi jemaah yang ingin menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta turut dibenarkan dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri.

Namun bagi jemaah yang berangkat ke Tanah Suci mulai hari ini sehingga 13 Februari hadapan masih lagi terikat dengan SOP sedia ada.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Xtra

Be the first to comment on "Semak SOP Baharu Umrah 2022 Berkuatkuasa 14 Februari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*