PeIakon Julia Farhana Akui BeIa Anjing, Tak Ianggar Batas Sebagai Muslim Sebab Dah Dilatih

Enggan membiarkan warganet terus salah faham, pelakon Julia Farhana mengakui dia dan keluarganya mempunyai seekor anjing yang diberi nama Julio.

Sudah dilatih

Ketika dihubungi OhBulan!, Julia menekankan bahawa anjing peliharaan itu sudah dilatih untuk tidak menjilat atau bersentuhan dengan mereka sekeluarga. Akui Julia, 27, dia sedar isu anjing ini sangat sensitif kerana dia seorang muslim.

Nama dia Julio dan dia memang anjing peliharaan kami sekeluarga. Selain anjing, saya juga ada tujuh kucing yang semua diselamatkan.

Saya rasa, perkara ini sensitif dan saya faham sebab sebagai muslim, mereka (warganet) risau dengan isu terkena air liur atau bersentuhan masa basah.

Tapi ia bukan isu untuk saya dan keluarga sebab Julio sudah dilatih dengan baik. Dia takkan jilat atau sentuh kami.

Kalau lihat video saya pun, kami tidak pernah bersentuhan dan dia juga bukan anjing jenis air liur meleleh.

Pembantu rumah yang urus

Tambah pemilik nama Julia Farhana Marin, dia menyerahkan segala urusan penjagaan melibatkan haiwan perliharaannya itu kepada pembantu rumah bukan beragama lslam.

Jelasnya lagi, Julio hanya dibenarkan untuk berjalan di kawasan tertentu sahaja bukan keseluruhan rumah.

Bab bagi makan, mandi dan tukar pampers, semua diuruskan oleh pembantu rumah kami yang bukan muslim. Setiap bulan kami hantar dia ke groomer.

Jadi memang tak akan bersentuhan dalam keadaan basah pun. Dia pun tidak akan berjalan-jalan dalam rumah, ada beberapa kawasan saja. Bilik solat saya pun dekat tingkat paling atas di mana dia tidak boleh masuk.

Dah biasa dikelilingi anjing sejak kecil.

Dalam pada itu, pelakon drama Malaysian Ghost Stories memberitahu dia sudah terbiasa kerana keluarganya ada membeIa empat ekor anjing ketika mereka menetap di Australia.

Tegasnya, dia tahu menjaga batasnya sebagai muslim dan pada masa yang sama dia juga ingin menjaga hubungan dengan semua makhluk hidup termasuklah haiwan.

Kami ambil dia ketika berusia dua bulan sebab tiada siapa nak jaga dia disebabkan masalah kulit. Saya pun dah biasa dikelilingi anjing sejak kecil.

Kami dah biasa latih anjing. Masa membesar di Australia, ibu bapa saya ada empat ekor anjing. Nowadays pun, kalau la tersentuh masa basah pun ada sabun samak.

Saya tahu tanggungjawab sebagai muslim dan saya nak jaga bukan saja hubungan dengan manusia tapi dengan semua makhluk hidup seperti haiwan dan sebagainya. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: DB, OB, Instagram @juliafarhanamarin

Be the first to comment on "PeIakon Julia Farhana Akui BeIa Anjing, Tak Ianggar Batas Sebagai Muslim Sebab Dah Dilatih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*