Penutupan Sekolah Adalah Jalan Terakhir – KJ

Penutupan sekolah adalah jalan terakhir sekiranya penuIaran C0VID-19 di dalam sektor pendidikan semakin buruk.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini tiada jngkitan kategori empat dan lima dalam kalangan pelajar yang dijngkiti C0VID-19.

“Penutupan sekolah memberi kesan yang besar terhadap pembangunan sama ada intelek dan sahsiah diri pelajar,” katanya.

Menurutnya, penilaian risik0 akan dilaksanakan di semua sekolah. Namun, keputusan untuk pelajar kembali menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah langkah terkakhir yang akan diambil pihak kementerian.

“Mereka yang positif jangan datang ke sekolah, kelas yang mempunyai kes positif akan ditutup sementara.

“Dengan adanya 90 peratus daripada remaja kita sudah divaksinasi, lebih 90 peratus guru sudah divaksinasi dan selepas ini kanak-kanak juga divaksinasi, apa lagi yang boleh kita lakukan?” katanya.

Khairy berkata demikian selepas menjelaskan bahawa peningkatan kluster pendidikan adalah disumbangkan oleh pelajar di sekolah berasrama sahaja. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Xtra, Sinar

Be the first to comment on "Penutupan Sekolah Adalah Jalan Terakhir – KJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*